Jumaat, 11 Oktober 2019

Projek Bandar Malaysia diteruskan

Wartawan MalaysiaGazette
MGF11102019_PEMBENTANGAN-BELANJAWAN23
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bercakap pada sidang media selepas Pembentangan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat, Parlimen, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL,


KUALA LUMPUR – Kerajaan telah memutuskan untuk meneruskan Projek Bandar Malaysia
dengan keluasan 486 ekar di Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, keputusan itu dibuat setelah berunding untuk mendapatkan terma yang lebih baik kepada kerajaan, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Tambah beliau, Projek Bandar Malaysia itu akan merangkumi Taman Rakyat, dengan pertambahan 5,000 unit rumah mampu milik dan peningkatan penglibatan kontraktor Bumiputera dalam projek ini.

Katanya, perolehan daripada projek ini akan dinilai dan diumumkan kelak dan akan digunakan untuk mengurangkan hutang 1MDB. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: