Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin
Takwa bukan saja pada ibadah tapi membantu sesama muslim: Mufti
JERANTUT– “Kekuatan kita ialah mengajak umat Islam supaya bertakwa kepada
Allah. Takwa yang perlu diambil perhatian bukan sahaja pada ibadah,
tetapi takwa ialah bersatu dalam tolong-menolong antara kita,” tegas
Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman.
Beliau dalam
ucapan perasmian pada Majlis Pelancaran Kempen Beli Produk Muslim di
Pahang, hari ini berkata, Allah SWT menyuruh manusia hidup dalam
ketakwaan, bersatu meningkatkan hubungan khususnya hal berkaitan
ekonomi.
“Kalau tiada
usaha membantu sesama Islam kita akan lemah dan akan dihina. Azab
daripada Allah bukan sahaja azab kita ditekan secara fizikal, tetapi
azab yang lagi utama ialah kita dihina, itulah lebih sakitnya daripada
kita dipukul. Inilah yang kita tak sedar.
“Kita tengok
misalnya 60 tahun dulu ada kedai orang Cina, pembelinya keseluruhan
orang dia. Ada juga kedai Melayu di sebelah, tetapi tidak disokong.
Akhirnya kedai Melayu tutup, kedai mereka semakin besar. Sehingga
sekarang mereka dapat bina gedung besar. Mereka tanya kini orang Melayu
ada apa? Cuba tengok bangunan-bangunan di bandar siapa punya, orang Cina
punya.
“Begitulah
hinanya kita sebab kita tidak bersatu. Alhamdulillah hari ini kita
nampak satu usaha yang baik yang dijalankan oleh UMMAH. Mudah-mudahan
mereka terus maju berjuang. Kita telah bertoleransi lama sangat, kita
bagi pertolongan kepada bukan Islam sampai mereka kaya, tetapi mereka
mengenepikan kita,” katanya.
Mengulas
lanjut, beliau menegaskan bahawa perkara sebegini tidak sepatutnya
berlaku kerana orang Melayu adalah majoriti di negara ini.
“Kita tak
boleh berubah, melainkan kita sendiri yang berubah. Kita bukan boikot,
tetapi mengutamakan produk orang Islam. Tiada sebab orang bukan Islam
gusar dengan kempen ini,” katanya.
Sementara itu, dari segi hubungan dengan orang bukan Islam pula, tiada masalah untuk berkongsi ruang ekonomi, katanya.
“Tetapi jangan sampai mereka menguasai, kerana kita yang menentukan hala tuju negara.
“Kita kena
mengutamakan ukhwah sesama kita, kerana kita nak menjaga agama kita, nak
menjaga harta kita, supaya harta boleh dizakatkan, nak jaga akhlak kita
supaya jangan berlaku penguasaan oleh orang lain,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan