Sabtu, 17 November 2018

Kerajaan PH masih kelam kabut

ainulillia 

Pemimpin Pakatan Harapan belum boleh sesuaikan diri jadi kerajaan


GUA MUSANG- Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan pentadbiran kerajaan di bawah pimpinan Pakatan Harapan (PH) masih lagi dalam keadaan kelam kabut.

Beliau berkata, pemimpin PH masih belum menyesuaikan diri sebagai kerajaan yang memerintah dan mengambil masa terlalu lama bagi menentukan peranan masing-masing.

“Saya lihat mereka memerlukan masa untuk menyesuaikan diri (untuk menjadi kerajaan). Semuanya masih kelam-kabut dan rakyat tidak berpuas hati terutama membabitkan isu Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),” katanya seperti dilapor akhbar tempatan.

Pada masa sama, beliau yang turut dikenali sebaga Ku Li berkata, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga mengakui PH tidak dapat menunaikan semua janji (dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14) kerana kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan (kewangan) yang terlalu banyak.

“Kalau nak hapuskan tol, PTPTN dan turun harga minyak, perkara itu sekarang amat sukar untuk kerajaan PH berbuat demikian,” katanya.

Malah, Ku Li berkata, rakyat juga sudah boleh dilihat menyesal memilih PH, bahkan, terdapat golongan mahasiwa universiti nekad berarak ke Parlimen membuat bantahan berkaitan PTPTN.


Tiada ulasan: