Ahad, 29 Julai 2018

Warga Malaysia antara korban gempa bumi Lombok

Agensi

Gegaran di Mataram dirasai selama 10 minit menyebabkan penduduknya lari menyelamatkan diri menuju ke jalan raya dan kawasan lapang.
Gegaran di Mataram dirasai selama 10 minit menyebabkan penduduknya lari menyelamatkan diri menuju ke jalan raya dan kawasan lapang.
 

JAKARTA – Sekurang-kurangnya 10 orang terkorban, termasuk seorang warga Malaysia, dan 40 lagi tercedera dalam gempa bumi yang melanda Pulau Lombok.

Menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) dalam satu kenyataan, ia merekodkan 10 kematian, 40 orang cedera dan berpuluh-puluh rumah musnah, lapor The Jakarta Post.

Mangsa kematian itu termasuk seorang warga Malaysia yang dikenali Isma Wida berusia 30 tahun.
Gempa bumi itu menyebabkan tanah runtuh di Gunung Rinjani dan pihak berkuasa masih lagi memantau kesannya.

Gegaran di Mataram dirasai selama 10 minit menyebabkan penduduknya lari menyelamatkan diri menuju ke jalan raya dan kawasan lapang. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: