Isnin, 23 Julai 2018

Notis kekosongan Dun Balakong diserah minggu ini



Notis kekosongan Dun Balakong diserah minggu ini

Notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Balakong dijangka diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Khamis atau Jumaat ini.

Speaker Dun Selangor, Ng Suee Lim berkata, pihaknya menjangkakan proses penyerahan notis kekosongan tersebut akan dibuat selepas selesai upacara pengebumian mendiang Ng Tien Chee.

“Selesai sahaja selesai upacara pengebumian, kita akan serahkan notis kekosongan kepada SPR.
Mungkin pada Khamis atau Jumaat,” katanya seperti dipetik utusanonline.

Jumaat lalu, Tien Chee terbunuh selepas kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan X-Trail yang dipandunya melanggar bahagian belakang sebuah lori pencuci jalan di Kilometer 11.7 Lebuhraya Grand Saga.

Mendiang maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan beberapa anggota badan.

Pada pilihan raya umum lalu, Tien Chee berjaya mengekalkan kerusi DUN Balakong untuk penggal kedua selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dan Pas dengan majoriti 35,538 undi.

Tiada ulasan: