Jumaat, 27 Julai 2018

Manifesto PH di Sg Kandis, nak turun harga minyak, nak hapus tol atau nak kencing rakyat?


Pakatan Harapan (PH) perlu menang besar pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis 4 Ogos ini demi meneruskan kesinambungan agenda pembangunan negara, khususnya di Selangor, kata Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Syed Saddiq Abdul Rahman.

Beliau berkata sekiranya PH tidak menang besar, ia memberi isyarat bahawa Umno dan PAS akan bergabung menentang PH pada pilihan raya umum akan datang.

“Keputusan PRK ini akan menjadi keputusan sangat unik kerana PAS dan Umno sedang ‘test market’ (menguji situasi semasa) di mana mereka tidak mahu adakan pertandingan 3 penjuru.

“Kalau kita (PH) tidak berjaya menang besar, besar kemungkinan ini dijadikan isyarat bahawa kedua-dua parti itu akan bergabung berentap dengan PH dalam PRU akan datang,” katanya.

Nak menang besar itu ok lah. Tapi apa manifesto yang boleh mendorong rakyat untuk menyokong Pakatan Harapan? Nak turun harga minyak kepada RM1.50 ke? Atau nak hapus tol?

Atau PAKATAN HARAPAN nak KENCING lagi rakyat?


Saya melihat dan meneliti ceramah-ceramah kedua-dua pihak. Ceramah daripada BN dan Lokman Adam nampak begitu agresif dan mereka menawar satu alternatif selepas mereka ditolak oleh rakyat dalam PRU-14 lalu. Ada isu yang di bawa.

Ceramah-ceramah calon PKR, Zawawi nampak hambar, tak ada isu dan nampak tak ada kesamaan pakatan antara PKR dengan BERSATU, AMANAH dan DAP. Tak isu rakyat sekadar menyerang PAS sedangkan PAS tak bertanding.

Isu PAS sokong UMNO dan nak UG dengan UMNO/BN masih dimainkan sedangkan mereka telah dimalukan dalam parlimen kerana tak boleh bukti tuduhan PAS terima wang RM90 juta setelah mereka menjadi kerajaan dan berkuasa.

PAKATAN HARAPAN sangat memalukan dalam kempen PRK kali ini.

Tiada ulasan: