Selasa, 6 Disember 2016

TMJ hadiahkan RM15,000 buat Faiz Subri

TMJ hadiahkan RM15,000 buat Faiz Subri
TMJ berkenan kurniakan RM15,000 buat Faiz Subri. - Facebook Johor Southern Tigers
 

PENAUNG Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkenan untuk memberikan kurniaan ganjaran sebanyak  RM15,000 kepada Mohd Faiz Subri diatas kejayaan beliau berada dalam kelompok tiga terbaik Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).

Jelas Tunku Ismail yang juga merupakan Tunku Mahkota Johor, kurniaan ini diberikan sebagai penghargaan atas kejayaan beliau yang telah mengharumkan nama negara.

"Namun ia tidak ada ada sebarang kaitan berkenaan spekulasi beliau akan menyertai JDT untuk saingan Liga Malaysia musim hadapan. Selamat maju jaya diucapkan buat Faiz Subri!," katanya menerusi satu kenyataan yang dipaparkan di laman sosial Johor Southern Tigers hari ini.

Pemain berusia 29 tahun yang berasal dari Air Hitam, Kedah itu dijangka akan menghadiri majlis Anugerah  Puskas Fifa di Zurich pada 9 Januari tahun depan.

Mohd Faiz menyempurnakan jaringan yang menakjubkan itu semasa membuat sepakan percuma ketika menentang Pahang pada aksi Liga Super, 16 Februari lalu, untuk membolehkan pasukan itu mengatasi Pahang 4-1.


Tiada ulasan: