Selasa, 2 Ogos 2016

Seramai 20 ahli Umno sertai Amanah negeri Melaka

HAZAYANI ZAKARIA
 
 
Antara ahli Umno yang keluar parti itu menyertai parti  Amanah MelakaAntara ahli Umno yang keluar parti itu menyertai parti Amanah Melaka


Seramai 20 ahli Umno cawangan Sungai Petai, Alor Gajah, Melaka menyerahkan borang permohonan untuk menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) di negeri itu.

Borang-borang tersebut diserahkan oleh ahli jawatankuasanya Zainal Bujang yang mengetuai kumpulan tersebut kepada presiden Amanah Mohamad Sabu dalam majlis jamuan hari raya Amanah Melaka di Dataran Amanah Alor Gajah, Sabtu lalu.

Permohonan ahli Umno untuk menyertai Amanah ini merupakan kejayaan berganda bagi Amanah kawasan Alor Gajah yang telah dipilih menjadi tuan rumah bagi majlis jamuan hari raya peringkat negeri Melaka tahun ini.

Majlis diisi dengan ucapan-ucapan para pemimpin Pakatan Harapan selepas solat Maghrib dan Isyak berjemaah di dalam kabin yang disediakan khas di dataran tersebut.

Antara pimpinan yang berucap ialah Pengerusi AMANAH Melaka, Adly Zahari, Naib Presiden Amanah Nasional yang juga Ketua Amanah Kawasan Alor Gajah, Dr. Hassan Baharu dan Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzi.

Pengerusi DAP Melaka, Teh Kok Kiew yang juga Adun Bandar Hilir, Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md. Akin yang juga Naib Presiden PRK, bekas Naib Ketua Bahagian Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan kemuncaknya oleh Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Adly Zahari di dalam ucapannya melahirkan rasa gembira dengan sambutan yang menggalakkan dan merakam setingi-tinggi pengharagaan kepada AMANAH kawasan-kawasan negeri Melaka, Pemuda Amanah Melaka dan Angkatan Wanita Amanah (Awan) Melaka yang telah menyumbang dan bekerjasama untuk menjayakan majlis tersebut.

Tiada ulasan: