Jumaat, 26 Ogos 2016

Pas tidak sertai himpunan Tangkap MO1

Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan
 
 
KUALA LUMPUR - Pas mengesahkan tidak akan menyertai Himpunan Tangkap MO1 yang akan diadakan di ibu kota esok.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Penerangan Pas Pusat,Nasrudin Hassan menerusi bualan aplikasi Whatsapp sebentar tadi.

"Tidak," jawab Nasrudin ringkas ketika ditanya mengenai penyertaan Pas dalam himpunan esok.

Sementara itu, Penolong Setiausaha Agung Pas, Khairul Faizi Ahmad kamil ketika ditanya mengenai perkara sama dalam sebuah sidang media di sini, hari ini tidak dapat mengulas mengenai perkara tersebut.

Katanya, pihaknya sedang menunggu arahan lanjut berkaitan himpunan itu daripada Pas Pusat.

Sehingga kini, katanya, Pas Pusat tidak mengeluarkan apa-apa maklumat mengenai penyertaan parti Islam itu dalam himpunan tersebut.

Himpunan Tangkap MO1 akan diteruskan di Dataran Merdeka esok bermula jam 12 tengahari.

Difahamkan, himpunan tersebut diadakan bagi menggesa kerajaan menangkap dan mendakwa individu yang digelar Malaysian Official 1.

Tiada ulasan: