Selasa, 5 Julai 2016

Umno boleh 'delet' sahaja nama Shafie dari keahlian parti, kata Tengku Adnan

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Umno menerima keputusan naib presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk keluar daripada parti itu, kata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
 
Beliau berkata menurut peraturan parti, sekiranya Mohd Shafie sudah mengisytiharkan untuk keluar parti, secara automatik beliau bukan lagi anggota Umno.
 
"Kita delete sahaja nama dia daripada keahlian (Umno)," katanya apabila diminta mengulas pengumuman Mohd Shafie meninggalkan Umno hari ini.
 
Naib presiden Umno itu yang digantung keanggotaannya daripada parti pada 24 Jun lalu, membuat pengumuman berkenaan ketika menghadiri majlis Rakyat Bersama Anggota Parlimen Semporna, di Semporna Sabah hari ini.
 
Tengku Adnan berkata: "Sesiapa yang nak keluar daripada Umno, silakan... sebab kita hanya perlukan ahli yang betul-betul bertanggungjawab, setia dan amanah untuk berada dalam parti."
 
"Barangkali dia (Shafie) kecewa digugurkan jawatan daripada kabinet atau mungkin ada sebab lain...dia tak patut ikut emosi, kalau sayang parti jangan ikut emosi, macam-macam masalah boleh jadi," katanya.
 
 

Tiada ulasan: