Ahad, 3 Julai 2016

PERKASA Sedia Bertanding PRU 14

 


LIHAT VIDEO DI SINI

Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) mempertimbangkan hasrat untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata beliau sedang mempertimbangkan NGO pimpinannya itu bergabung dengan mana-mana parti atau membentuk blok ketiga pada PRU itu.


“Saya sendiri juga tidak menolak kemungkinan menyusun strategi, paling tidak kalau bukan di peringkat nasional, mungkin (saya akan) bertanding di Kelantan.

“Kalau di Kelantan, kita tengok (hanya) ada dua parti (iaitu) UMNO dan PAS yang kedua-dua (parti itu) nampaknya rakyat sokong kerana rakyat tiada pilihan.

“Antara UMNO dan PAS (di Kelantan) tidak ada kumpulan ketiga yang boleh menjadi alternatif (kepada rakyat) yang kredibel,”katanya.

Walau bagaimanapun, kata Ibrahim keputusan rasmi akan diputuskan dalam mesyuarat majlis tertinggi PERKASA.

Pada PRU 13, Ibrahim bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Pasir Mas, namun beliau tewas kepada calon PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Mat di parlimen tersebut.

Tiada ulasan: