Jumaat, 8 Julai 2016

Pelakon Tamam Idris meninggal dunia

MalaysiaGazette
 



Pelakon drama era 80an, Bustaman Idris yang lebih dikenali dengan nama Tamam Idris meninggal dunia pada pukul 11.50 malam tadi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPHUKM).

Beliau menghembus nafas terakhir pada usia 77 tahun.

Jenazah Allahyarham akan dimandi dan kapankan di PPHUKM dan dibawa ke Masjid Al Mukhlisin, Alam Damai, Cheras untuk disembahyangkan, menurut anak sulungnya, Norassikin Bustamam.

Allahyarham akan dikebumikan di Perkuburan Alam Damai, Cheras, bersebelahan dengan masjid berkenaan.

Allahyarham yang menerima rawatan sejak 22 Jun lalu dikatakan tenat sejak semalam kerana mengalami pendarahan dalam perut.

Beliau yang dikenali dengan panggilan Pak Tamam, popular kerana pembabitannya drama-drama persilatan, antaranya Seorang tua di kaki gunung. - MalaysiaGazette


Tiada ulasan: