Ahad, 3 Julai 2016

PAN Yakin Boleh Menang PRU 14 Walaupun 3 Penjuru






Parti Amanah Negara (PAN) meletakkan keyakinan boleh menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) meskipun bertanding tiga penjuru.

Perkara itu ditegaskan oleh Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad.


Khalid berkata masyarakat umum hari ini perlu diyakini bahawa hanya Pakatan Harapan (PH) sahaja yang dianggotai tiga parti, DAP, PKR dan PAN adalah satu-satunya alternatif melawan Barisan Nasional(BN).

“Kita mesti kerja keras untuk memastikan masyarakat umum menyedari sepenuhnya bahawa hanya satu pakatan pembangkang yang menjadi alternatif kepada Barisan Nasional, iaitu Pakatan Harapan.

“Jika mesej ini sampai sepenuhnya (kepada masyarakat), saya amat yakin dengan perkembangan politik terkini, PAS berpecah, UMNO juga berpecah..

“Jika UMNO selepas ini hanya mendapat 50 peratus daripada pengundi Melayu, dan bakinya akan berpecah di antara PAS dan Amanah, dengan sokongan kuat daripada pengundi bukan Melayu (kepada calon PAN) , kita mempunyai peluang terbaik untuk menang jumlah kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan (pusat),”kata Khalid dalam Forum: Malaysia Is There Hope Yet?, 29 Jun di KLSCAH.

Turut hadir berforum bersama Khalid ialah Pengerusi DAP Selangor, Tonny Pua; Ahli Parlimen PKR Selayang, William Leong dan Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan, Liew Chin Tong .

Tiada ulasan: