Khamis, 7 Julai 2016

Netizen kecam mesej raya tema Amerika wakil rakyat DAP

 
Ucapan raya Kor Ming disertakan gambar sebuah rumah api yang berlatarbelakangkan bendera Amerika di Facebooknya.


Nga-Kor-Ming


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Taiping DAP, Nga Kor Ming menjadi sasaran netizen di negara ini susulan ucapan Hari Raya Aidilfitri bertemakan Amerika yang dimuat naik ke Facebooknya.

Imej yang tertera pengepala rasmi ahli Parlimen Taiping itu disertakan gambar rumah api berlatarbelakangkan bendera Amerika Syarikat dan diselitkan perkataan “In God We Trust” serta “Lord, Guide Our Nation Back To You” dan emotikon tangan berdoa.

Ia turut disertakan keterangan gambar: “We serve to bless others, we are from the people, by the people & for the people. Selamat Hari Raya.”

Gambar rumah api itu seperti diambil melalui laman web DrJamesDobson.org yang merupakan pengasas organisasi konservatif Kristia Amerika, Focus On The Family.

Disebabkan itu, netizen mengecam tindakan Kor Ming menggunakan gambar bendera Amerika dalam mesej rayanya dan melabelkannya sebagai ‘tidak sensitif’ dan ‘bodoh’.

“Pergi belajar macam mana rupa bendera Malaysia. Anda mahu ucap selamat Hari Raya kepada umat Islam, tetapi anda terlalu bodoh. Tidak tahu sama ada anda buta atau memang bodoh,” kata pengguna Facebook, Rocky Tan.

“Nga Kor Ming dan Donald Trumph berpisah tiada,” kata pengguna Facebook, Wen Huey Kelly Fong.

“Aiyo YB, pereka grafik punya la ramai, sekurang-kurangnya sunting dan ubah bendera Amerika itu kepada bendera kita sendiri,” tulis pengguna Facebook, Faidhi Fahmi.

“Saya berdoa supaya dia boleh hidup di neraka selama-lamanya,” tulis pengguna Facebook, Mohd Nazri Ismail.

“Memang malas. Ini cuti umum terbesa di Malaysia…Dan ini apa yang kami dapat? Ini memang kerja malas potong dan tampal. Tidak hormat langsung,” tulis Man Syah.

Bagaimanapun, pengguna Facebook, Yaqazah Umirta Al-Kisasi memaafkan dan mendoakan Tuhan “membimbing Nga Kor Ming kepada Islam dan membersihkan fikiran yang rosak”.

Tiada ulasan: