Jumaat, 8 Julai 2016

Lebuhraya Ayer Keroh – Senawang sesak malam tadi

 
 


Tidak ada kemalangan atau pun kerja-kerja menaiktaraf jalan tetapi aliran trafik dari Ayer Keroh Melaka hingga ke Senawang bergerak sangat perlahan dari pukul 6 petang hingga pukul 1 pagi tadi.

Menurut jurucakap PLUS Malaysia Berhad, alirran trafik bergerak perlahan disebabkan peningkatan bilangan kenderaan di atas lebuhraya.

Keadaan trafik dijangka lebih teruk mulai esok di kedua-dua arah lebuh raya utara selatan.

“Orang ramai diminta mematuhi undang-undang jalan raya dan jangan memasuki menggunakan lorong kecemasan kerana itu akan lebih memburukkan keadaan.

“Selain Ayer Keroh, trafik juga bergeral perlahan dari Sungai Petani menuju ke Bertam disebabkan terlalu banyak kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Sehubungan itu katanya, sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat terkini tentang trafik di lebuh raya boleh menghubungi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000. -- MalaysiaGazette


Tiada ulasan: