Sabtu, 2 Julai 2016

Kementerian Pendidikan cadang wajibkan suntikan vaksin kepada semua pelajar

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA NERANG: Kementerian Pendidikan bercadang untuk mewajibkan suntikan vaksin ke atas semua pelajar selewat-lewatnya tahun depan, kata menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid.
 
Ujar Mahdzir, pihaknya masih menunggu laporan penuh berkaitan suntikan vaksin dalam melindungi pelajar daripada wabak penyakit.
 
"Kita akan mewujudkan pasukan khas dianggotai pihak berkepentingan termasuk pakar perubatan dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk bertukar pandangan dan pendapat sebelum dibentangkan ke Kabinet. 
 
"Saya berpendapat suntikan vaksin perlu diwajibkan tetapi kita ikut prosedur dan menunggu laporan lengkap Kementerian Kesihatan selepas hari raya. 
 
"Kalau boleh, saya mahu ia diwajibkan tahun ini atau paling lewat awal tahun depan," katanya selepas majlis sumbangan hadiah peringkat Parlimen Padang Terap di sini, hari ini.
 
Beliau berkata demikian ketika mengulas perkembangan perbincangan antara Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan mengenai suntikan vaksin kepada pelajar.
 
 
 
Baru-baru ini terdapat beberapa kes kematian dilaporkan membabitkan kanak-kanak yang dijangkiti difteria, dipercayai akibat tidak mendapat suntikan imunisasi vaksin.
 
 

Tiada ulasan: