Ahad, 3 Julai 2016

Herman Tino Kembali Sertai Umno


Oleh: ALLISON LAI
 
 



SHAH ALAM: Penyanyi dangdut Herman Tino yang dipecat daripada Umno tiga tahun lalu mengemukakan permohonannya untuk menyertai semula parti itu.

Katanya, beliau mengaku mengenai kesalahannya bertanding sebagai calon bebas di Tanjung Karang pada pilihan raya umum ke-13 yang lalu.

"Saya tidak mahu menyentuh mengenai masa lalu tetapi kini positif bergerak ke hadapan untuk membantu Umno dalam membela orang Melayu dan Islam," katanya pada sidang media selepas mesyuarat pemimpin Umno Selangor di sini pada Ahad.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar.

Herman kemudian menyerahkan borang permohonannya kepada Noh sambil berkata beliau menyokong sepenuhnya permohonan Herman untuk kembali menjadi ahli Umno.

Dalam kenyataannya kemudian, Herman juga meminta maaf kepada Noh.

"Kepada Tan Sri Noh Omar, maafkanlah rakan kamu ini. Ia tidak bermaksud saya tidak suka anda pada pilihan raya umum ke-13.

"Saya bimbang dan kecewa apabila parti kita pada ketika itu seperti sebuah kapal yang mempunyai dua nakhoda," katanya.

Herman atau nama sebenarnya Marsun Tamsi bertanding sebagai calon bebas bagi kerusi Parlimen Tanjung Karang pada pilihan raya umum ke-13.

Beliau bertanding menentan Noh dan wakil PAS, Mohamad Rashdi Deraman.

Noh memenangi kerusi itu dengan 20,548 undi menewaskan Mohamad Rashdi dengan majoriti 4,394 undi.

Bagaimanapun Herman yang hanya mendapat 340 undi hilang wang pertaruhan.

Tiada ulasan: