Jumaat, 8 Julai 2016

Amaran Angin Kencang, Laut Bergelora Sehingga Isnin

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
KUALA LUMPUR: Angin kencang Barat Daya berkelajuan 40 hingga 50km sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Phuket, Reef North dan Palawan bermula Jumaat hingga Isnin ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia, dalam kenyataan pada Khamis, berkata keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Sementara itu, ribut petir dijangka berterusan sehingga pagi Jumaat di perairan Selat Melaka, Selangor, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Keadaan itu menyebabkan angin kencang berkelajuan 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter serta berbahaya kepada bot-bot kecil. - BERNAMA

Tiada ulasan: