BERNAMA
Ketua Polis Daerah Subang
Jaya, ACP Yahaya Ramli berkata dalam kejadian pukul 11 malam itu,
pelakon yang membintangi drama 'Ku Tinggal Cinta di Okinawa' itu ditahan
selepas polis menemui satu paket plastik berisi ceraian daun kering
disyaki ganja dan 1/2 biji pil eramin 5, di biliknya.
KUALA LUMPUR, Polis menahan seorang pelakon wanita
berusia 20 tahun bersama dua lagi rakannya kerana disyaki memiliki ganja
seberat 627.59 gram dalam serbuan di sebuah kediaman di Subang
Parkhomes, Subang Jaya, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP
Yahaya Ramli berkata dalam kejadian pukul 11 malam itu, pelakon yang
membintangi drama ‘Ku Tinggal Cinta di Okinawa’ itu ditahan selepas
polis menemui satu paket plastik berisi ceraian daun kering disyaki
ganja dan 1/2 biji pil eramin 5, di biliknya.
Yahaya berkata pihaknya turut menahan
seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang sedang tidur di sebuah
bilik kedua di kediaman itu setelah menemui satu beg mengandungi tiga
paket plastik lutsinar berisi ceraian daun kering disyaki ganja seberat
15.74 gram bersama dua bilah pisau di bahagian atas almari baju.
“Pemeriksaan di bilik ketiga menemui satu
beg kertas mengandungi dua paket plastik lutsinar setiap satu
mengandungi satu ketulan mampat berisi bahan disyaki ganja seberat
609.66gram dalam baju,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya, selain itu, satu paket plastik
lutsinar berisi bahan disyaki ganja seberat 2.19gram turut dijumpai di
atas meja di ruang tamu rumah berkenaan.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan