Jumaat, 25 September 2015

Pasir Gudang catat IPU sangat tidak sihat pada 9 pagi

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Keadaan jerebu di Pasir Gudang, Johor menjadi bertambah buruk setakat 9 pagi ini dengan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 201, iaitu kategori sangat tidak sihat, meningkat daripada bacaan IPU tidak sihat 161 pada 11 malam tadi.
 
Maklumat portal Jabatan Alam Sekitar (JAS) menyatakan dua lagi kawasan di Johor mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu Larkin Lama (183) dan Kota Tinggi (135).
 
Bacaan IPU tidak sihat turut dicatatkan di beberapa kawasan di Pahang dan Terengganu iaitu di Balok Baru, Kuantan (155), Indera Mahkota, Kuantan (133) di Pahang serta Kemaman (143) dan Paka (106) di Terangganu.
 
Sejumlah 30 kawasan lain mencatatkan bacaan IPU sederhana termasuk di Jerantut, Pahang (98), Sri Aman, Sarawak (90), Bandaraya Melaka (76), Banting, Selangor (75), Putrajaya (72), Seremban, Negeri Sembilan (67) dan Tanjung Malim, Perak (66). Sementara itu, 15 kawasan mencatatkan bacaan IPU sihat antaranya di Kota Kinabalu, Sabah (50), Limbang, Sarawak (42), Sri Manjung, Perak (47), Alor Setar, Kedah (24) dan Perai, Pulau Pinang (22).
 
IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya). Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. 


Tiada ulasan: