Jumaat, 25 September 2015

Kerjasama Amanah tiada kaitan p'tadbiran negeri

SINAR HARIAN


Azmin Ali
Azmin Ali


SABAK BERNAM - Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata kerjasama kerajaan Selangor dengan Parti Amanah Negara (Amanah) hanya membabitkan agenda politik pakatan pembangkang semata-mata dan tidak berkaitan dengan sistem pentadbiran negeri.

Beliau berkata kerajaan Selangor kekal dengan pentadbiran sedia ada sehingga tiba pilihan raya umum akan datang.

"Kita bekerjasama dengan semua parti dan individu yang komited kepada agenda reformasi (pakatan pembangkang).

"Pakatan Harapan itu dibentuk setelah kerajaan Selangor ditubuhkan...Kerajaan Selangor (sedia ada) akan kekal utuh dan pentadbirannya diteruskan hingga tamat tempoh penggal ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Korban Perdana sempena Aidiladha peringkat Sabak Bernama di sini, hari ini.

Pakatan Harapan membabitkan parti-parti pembangkang DAP, PKR dan dan Amanah, yang merupakan parti baharu ditubuhkan oleh kumpulan serpihan Pas. - Bernama


Tiada ulasan: