Khamis, 3 September 2015

Bekas peguam diraja ditahan semula selepas dijamin

Bekas peguam diraja ditahan semula selepas dijamin
Kamal Hisham (bertopi) ditahan semula selepas dibebaskan dengan ikat jamin RM300,000 di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.


JOHOR BAHRU – Bekas peguam diraja Johor ditahan semula sebaik sahaja dibebaskan dengan ikat jamin RM300,000 selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini semalam atas dua tuduhan pecah amanah.

Kamal Hisham Jaafar yang juga bekas pengarah syarikat Southern Ads Sdn Bhd ditahan kira-kira jam 3 petang, semalam selepas wang jaminan dibayar oleh ahli keluarganya.

Ketua Polis Johor, Datuk Rusli Ahmad berkata, tertuduh ditahan bagi membantu siasatan membabitkan beberapa kes lain oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan dan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

[AKAN MENYUSUL: Bekas peguam kerabat diraja Johor didakwa]

Sebelum itu, Kamal Hisham didakwa melakukan pecah amanah jenayah menerusi dua perjanjian penyewaan ruang niaga berjumlah RM515,000 pada 22 Disember 2009 dan perjanjian penyewaan berjumlah RM18,000 pada 1 Oktober 2010 tanpa persetujuan lembaga pengarah syarikat.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM300,000 ke atas tertuduh dengan dua penjamin serta syarat tambahan passportnya ditahan dan tertuduh turut diarahkan melapor diri di balai polis berdekatan setiap dua minggu sekali.

Semalam, Kamal Hisham yang sebelum ini menetap di negara Timur Tengah dibawa ke IPK Johor kira-kira jam 6 petang semalam untuk siasatan berkaitan kes pecah amanah selepas ditahan di Singapura bagi menziarahi saudaranya yang dirawat di negara berkenaan.


Tiada ulasan: