Sabtu, 12 September 2015

Altantuya kembali menghantui Malaysia melalui dokumentari baru



Oleh V Shuman


Model Mongolia Altantuya Shaaribuu terus menghantui Malaysia, hampir 10 tahun selepas dia di bunuh kejam oleh dua orang komando polis.Al-Jazeera kini mengeluarkan dokumentari eksklusif selama 26 minit, berjudul “Murder in Malaysia”, membangkitkan kembali kes wanita berusia 28 tahun itu.

Video tersebut menimbulkan beberapa perkara yang penting, termasuklah pembunuh- Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri, bertindak mengikut arahan dan menjadi “kambing hitam”  orang lain yang mengarahkan pembunuhan itu. 

Anda sedar yang pembunuhan kejam itu masih lagi merupakan isu yang sensitif di sini,  kerana walaupun selepas hampir 10 tahun berlalu, apabila wartawan penyiaran yang mengacarakan dokumentari itu- warga Australia Mary Ann Jolley, diusir keluar dari Malaysia apabila dia berada di sini untuk melakukan siasatan lanjut. 

Ia menampilkan temubual dengan bapa Altantuya, Shaariibuu Setey, yang bersumpah akan mencari keadilan untuk anaknya, tanpa mempedulikan apa kesannya. 

Ia bermula dengan menunjukan bahagian lain kehidupan Altantuya- seorang wanita berdikari, ibu dan anak penyayang, yang akhirnya menemui ajal di negara asing, kerana hubungan sulit dengan lelaki yang sangat berpengaruh. 

Dokumentari berani itu juga menimbulkan kembali kemungkinan hubungannya dengan Abdul Razak Baginda, yang juga ditahan kerana pembunuhan itu walaupun selepas itu dibebaskan tanpa perlu dibicarakan. 

Juga terdapat temubual dengan Cynthia Gabriel, pengarah eksekutif Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4), bercakap selaku bekas aktivis badan pemantau hak asasi manusia Suaram, yang mengekalkan dakwaannya bahawa pembunuhan itu berkait rapat dengan pembelian dua buah kapal selam Scorpene oleh Malaysia dari Perancis.

Dokumentari itu juga menyentuh misteri pengakuan yang bertukar-tukar oleh mendiang penyiasat peribadi P Balasubramaniam, yang juga merupakan pegawai keselamatan Abdul Razak. 

Pertama kali Balasubramaniam membuat pengakuan bersumpah mengaitkan Abdul Razak dengan Altantuya, tetapi menariknya dua hari kemudian, dikatakan kerana akuan bersumpah itu dibuat di bawah tekanan. 

Isterinya A Santamil Selvi mengisahkan hari-hari penarikan akuan bersumpahnya dan akhirnya kembara mereka menghilangkan diri ke India selama hampir lima tahun. 

Selepas di usir, Jolley kemudian memulakan siasatan di Australia, di mana dia bercakap dengan seorang lelaki warga Australia dikenali sebagai Frank- saudara jauh Sirul. 

Lelaki tersebut, yang enggan menunjukan mukanya ke kamera kerana bimbangkan tindak balas pihak tertentu, mengambil Sirul kali pertama dia sampai di Australia hujung tahun lepas, dan berkata dia tidak mengetahui yang Sirul sedang melarikan diri selepas membunuh.

Hanya sewaktu dia meminta passport Sirul untuk memperbaharui visa barulah bekas komando polis itu menceritakan semuanya.

Awal tahun ini Sirul ditahan oleh polis Australia dan kini sedang berada dalam Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney, Australia.

Saudara Sirul “mendedahkan” senarai nombor perhubungan yang ditinggalkan Sirul, termasuklah beberapa individu berkuasa di Malaysia.

Ia juga menunjukan teks mesej Sirul dengan seorang lelaki berpengaruh di sini, meminta jutaan dolar Australia untuk terus tinggal di sana dan tidak kembali ke negara ini untuk mendedahkan semua pekung.

Dokumentari itu juga cuba menjalankan temubual dengan Perdana Menteri Najib Razak, yang menolak permintaan itu.

Bagaimanapun, sebuah kenyataan media di hantar ke Al-Jazeera daripada pejabatnya memberikan alasan yang banyak kali di ulang yang “PM tidak mengenali, atau pernah bertemu si mati,” dan “ dua penjenayah telah dihukum melalui proses perundangan yang teliti”.

Tidak dilupakan bahawa dakwaan Najib terlibat dalam kes itu adalah “niat jahat pembangkang untuk mencemarkan nama PM.”

Satu perkara yang pasti malah dapat difahami oleh kanak-kanak- Sirul dan Azilah tidak melakukan pembunuhan itu untuk diri mereka sendiri.

Mereka tidak mengenali Altantuya sebelum pembunuhan, dan mereka tidak mempunyai motif untuk memastikan dia tidak lagi bernyawa.

Mereka bertindak mengikut arahan- tetapi siapa yang memberikan arahan adalah soalan yang masih tidak punya jawapan.

Sehingga semua persoalan itu terjawab, semangat Altantuya dan mereka yang hilang nyawa kerana cuba mendedahkan kebenaran ( baca PI Bala) akan terus menghantui Malaysia.

Tonton video di sini.- See more at: http://bm.theantdaily.com/ 


Tiada ulasan: