"Disini ingin saya suarakan pandangan saya tidak seberapa ini. Isu seperti ini sebenarnya bukannya salah kerajaan negeri Selangor mahupun pemimpin mereka yang terbabit. Isu ini adalah isu yang berpunca daripada kerajaan BN dan diwarisi juga oleh para pemimpin BN yang tamak haloba.
Kalau
nak ikutkan, bukan sahaja MARA mahupun GiatMARA yang menjadi mangsa.
Tetapi kalau dikaji secara keseluruhannya, institusi, jabatan dan
cawangan-cawangan kerajaan BN juga banyak terbabit, dan mungkin akan
menjadi isu dihari kemudian juga akibat permainan wang politik pemimpin
BN.
Meh saya ceritakan disini. Kalau nak diikutkan, sepatutnya institusi seperti GiatMARA ini, dari dahulu lagi sudah sepatutnya mendapat tanah hak milik mereka sendiri secara 100%.
Nak dikatakan, tanah hak milik kerajaan negeri dan kerajaan Malaysia
ini terlalu banyak. Tetapi, tidak peliknya. Modus operasi pemimpin BN
ini licik semenjak dahulu kini dan selama-lamanya.
Kebanyakkan tanah-tanah ini, biasanya akan di 'anugerahkan'
kepada kroni-kroni, pemimpin-pemimpin, exco-exco dan sanak saudara
mereka (BN), manakala jabatan-jabatan atau institusi kerajaan biasanya
akan terpaksa membeli semula tanah 'anugerah' ini daripada pihak
tertentu dengan harga yang terlampau tinggi, ataupun terpaksa menyewa
bangunan atau tapak hak milik individu tertentu (yang biasanya bakal 'bangkrap').
Kalau
tak percaya, anda siasatlah lokasi-lokasi GiatMARA mahupun jabatan atau
institusi kerajaan seperti Klinik 1Malaysia, Balai Polis, JPJ dll.
Mengapa pusat-pusat ini perlu menyewa kepada individu tertentu pada harga yang amat tinggi,
padahal tanah dan aset hak milik kerajaan masih berlebihan lagi.
Alasannya, konon nya lokasi tersebut strategik dan sebagainya. Jadi,
mengapa pula kena sewa pada harga yang lebih tinggi dari nilai pasaran?
Sebab
itulah wujudnya pejabat JKR di pusat beli belah Mid-Valley [1],
jabatan-jabatan kerajaan di bangunan IOI, Mines dan yang paling hebat,
di Putrajaya sendiri. Kerajaan BN telah menyewa pada kadar RM7.7 juta sebulan
dengan wang rakyat untuk sewaan dibangunan-bangunan di Putrajaya [2].
Belum lagi ana nak ceritakan lot-lot kedai, yang disewakan untuk IPTA di
pelbagai negeri dan sebagainya.
Mengapa
kroni-kroni dapat tanah dan aset? Institusi kerajaan cuma menyewa atau
berkelana? Salah siapa sebenarnya? Pencacai yang termakan 'kangkung' dan
masih tidak sedar kepada realiti diulik mayang oleh pemimpin BN
sebenarnya. Sedar-sedarlah. Tanah-tanah di Sarawak, jangan nak dicerita,
habis disamun oleh YB Menteri dan kroni disana dengan selambanya
[4][5]. Ada pencacai BN kisah?
Nak
diceritakan MARA pula. Huh banyak kesahnya juga. Kita semua tahu,
pengerusi-pengerusi dan pihak atasan bagi kesemua ajensi kerajaan adalah
YB atau ahlul politik BN. MARA, Tabung Haji, KWSP, CIMB, dll. Mereka ini memang terkenal sebagai Mr. Komisyen. MARA adalah salah satu lubuk wang bagi Mr. Komisyen
ini. Kalau nak dikhabarkan, banyak lokasi tanah dan aset yang telah
dibeli oleh MARA daripada pihak tertentu pada harga yang amat tinggi.
Malahan, lokasi-lokasi tanah yang telah dibeli tersebut, adalah tidak
strategik, merugikan dan merbahaya.
Sebagai contohnya, MRSM Bentong di
tepi lebuhraya karak yang terpaksa di tutup kerana tanah runtuh [6].
KPTM Balik Pulau juga bakal menghadapi masalah yang sama, kerana ianya
dibina di lereng bukit tidak mengikut piawai pembinaan yang sepatutnya
[7]. UniKL MICET di Melaka pula, telah dibina diatas tanah berbukit
juga, yang mana, akhirnya bakal melibatkan kos pembinaan yang rumit dan
mahal.
Walhal masih banyak lagi tanah
disekitarnya yang lebih baik dan berbaloi-baloi. Menagapa suka sangat
MARA sekarang beli lokasi-lokasi sebegini? Faham-faham lah sendiri.
Itu baru isu pembelian tanah, belum lagi masuk cerita pembelian aset dan peralatan yang amat mahal daripada MARA daripada kroni BN. Contohnya, laporan audit 2010 telah mendedahkan GiatMARA telah membeli peralatan elektrik 100% lebih tinggi daripada harga pasaran, malahan pada spesifikasi yang lebih rendah dari yang sepatutnya [8]. Tentu pada bibir pencacai, iyu memang berpatutan dan masih murah.
Baru cerita MARA sahaja, belum masuk jabatan dan institusi lain. Banyak sungguh. Boleh guna carian 'google' dan seumpamanya.
Jadi,
saya berharap pencacai-pencacai BN mulai sedar dan buka mata. Selagi BN
berkuasa. Selagi itulah kuasa serta wang rakyat akan disalahguna dan
dijahanamkan oleh pemimpin-pemimpin yang rakus ini.
Jangan
terkejut. Isu-isu sebegini menjadi permainan mereka bagi menutup minda
anda semua agar menjadi tidak 'rasional'. Semoga, menjadi ikhtibar, dan
ingatlah. Mengapa perlu menyewa pada harga tinggi, sekiranya boleh
memiliki nya sendiri.
Isu ini tidak akan
berlaku, sekiranya kerajaan BN dahulu kini dan selama-lamanya ikhlas,
dengan memberi aset dan tanah kepada insitusi dan jabatan kerajaan. Lain
kali, kaji dulu sebelum serbu tak tentu haluan.
Nanti menjerat diri sendiri, di 'kangkung' kan lagi.
[1] Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kerja Raya, https://www.jkr.gov.my/page/126
[2] Siapa pemilik saham Putrajaya Holdings, soal Husam, http://www.sinarharian.com.my/politik/siapa-pemilik-saham-putrajaya-holdings-soal-husam-1.155928
[3] Update PRU13 Eksklusif: Putrajaya Jimat RM27 Bilion Henti Sewa, http://www.youtube.com/watch?v=Yi_VuD5SFlI
[4] Inside Malaysia's Shadow State, http://www.youtube.com/watch?v=_1RRNggnM6A
[5] Deepening Scandal – Taib’s Land Grabs Exposed !, http://www.sarawakreport.org/2010/12/deepening-scandal-taibs-land-grabs-exposed
[6] MRSM Bentong masih ditutup, http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0421&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pahang&pg=wp_03.htm
[7] Selesaikan isu bahaya KKTM dulu sebelum bawa hub pendidikan ke Balik Pulau, http://faqar.blogspot.com.au/2012/03/selesaikan-isu-bahaya-kktm-dulu-sebelum.html
[8] KETUA AUDIT NEGARA DEDAH SKANDAL MARA, http://sabahkinimirror.blogspot.com.au/2011/10/ketua-audit-negara-dedah-skandal-mara.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan