Noh Omar  
Noh Omar


SHAH ALAM - Perdebatan Hujah Isu Kalimah ALLAH Dari Perspektif Perundangan perlu diteruskan bagi memberi maklumat kepada masyarakat mengenai penggunaan kalimah ALLAH.


Salah seorang ahli panel, Datuk Seri Noh Omar berkata, ini kerana banyak kenyataan  yang dikeluarkan berkaitan kalimah ALLAH boleh mengelirukan rakyat.

“Masih ramai yang tidak faham dengan penggunaan kalimah ALLAH terutamanya dari sudut perundangan. Jadi, melalui debat ini, hasilnya nanti kita mahu supaya umat Islam bersatu dan tidak lagi keliru mengenai isu ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Noh berkata, isi perdebatan beliau juga tidak akan sesekali menyentuh aspek penggunaan kalimah ALLAH dari sudut hukum dan akidah.

Sebaliknya, kata beliau, bab hukum dan akidah perlu diserahkan kepada pihak yang berautoriti.

“Kita debat dari perspektif undang-undang saja. Isu ini timbul pun berkaitan dengan tindakan undang-undang.

“Walaupun Khalid tidak memiliki latar belakang undang-undang, tetapi nampaknya beliau sering mengeluarkan kenyataan berhubung kalimah ALLAH. Namun, dengan kepakaran dimiliki moderator dalam bidang undang-undang, kita harap debat ini akan berjalan dengan lancar,” katanya.