Mahirah Zakaria
KUALA LUMPUR - Lebih 5 juta pelajar sekolah di seluruh negara akan
menerima bantuan awal persekolahan selewat-lewatnya 15 Januari ini.
Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan berkata, bantuan sebanyak
RM100 itu akan diserahkan kepada pelajar atau ibu bapa pelajar bagi
mengurangkan beban mereka.
"Bantuan ini tidak akan diserahkan kepada orang tengah atau wakil ibu
bapa kerana bimbang ia akan disalahgunakan atau tidak sampai kepada
golongan sasar," katanya.
Hari ini merupakan hari pertama bagi sesi persekolahan bagi tahun 2014.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan