Presiden
Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim
mahu Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa
menghentikan drama dan politik melibatkan Norshahrul Idlan Talaha yang
turut dikenali sebagai Mat Yo.Justeru, baginda mahu Annuar lebih
bersikap matang dan profesional dalam mengendalikn pasukan bola sepak.
Tunku Ismail memberi jaminan Mat Yo akan membayar harga tebus kontrak seperti diminta Kafa.
“Jangan
panjang-panjangkan cerita. Dia (Mat Yo) akan bayar (harga tebus
kontrak) pada hari ini. Anda (Annuar) perlu matang. Dalam sukan bola
sepak, mesti ada pemain yang datang dan pergi. Anda perlu terima dan
bersikap profesional.
“Sebagai
contoh, jika satu hari nanti Safee Sali mahu keluar dari pasukan, saya
akan terima. Beliau (Annuar) sepatutnya berterima kasih kepada Mat Yo
atas sumbangan diberikan dan bukannya bercakap benda kurang
menyenangkan terhadap pemain ini,” katanya kepada pemberita ketika
ditemui di salah sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.
Semalam,
Annuar antara lain berkata, bekas penyerang Kelantan itu belum membayar
harga tebus kontrak seperti yang diminta oleh Kafa walaupun telah
menandatangani kontrak baharu bersama pasukan Johor Darul Takzim.
Annuar
berkata, mengikut peraturan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Mat Yo
sepatutnya membayar harga tebus kontrak tersebut dalam tempoh 30 hari
selepas didaftarkan dengan pasukan baharu.
“Kita tak bantah keputusan beliau untuk menamatkan kontrak secara sebelah pihak, tapi sampai hari ini Mat Yo belum membayar harga tebus kontrak tersebut sehingga Kafa terpaksa membuat tuntutan kepada Jawatankuasa Status FAM.
“Kita tak bantah keputusan beliau untuk menamatkan kontrak secara sebelah pihak, tapi sampai hari ini Mat Yo belum membayar harga tebus kontrak tersebut sehingga Kafa terpaksa membuat tuntutan kepada Jawatankuasa Status FAM.
“Dalam kes
ini kita telah mengemukakan afidavit kepada jawatankuasa berkenaan dan
berharap agar mereka dapat menyelesaikan perkara ini secepat
mungkin,” katanya.
Annuar,
yang tidak mendedahkan nilai harga tebus kontrak itu, berkata penyerang
yang pernah mencipta nama sebagai salah seorang tonggak utama pasukan
kebangsaan itu juga masih mempunyai baki kontrak bernilai RM400,000
bersama Kafa.
Polemik perpindahan Mat Yo menjadi isu hangat diperkatakan dalam kancah sukan bola sepak negara selepas menamatkan kontrak secara sebelah pihak walaupun masih berbaki 13 bulan bersama Kafa selepas dilamar pasukan dari selatan, Johor Darul Takzim pada musim lepas.
Polemik perpindahan Mat Yo menjadi isu hangat diperkatakan dalam kancah sukan bola sepak negara selepas menamatkan kontrak secara sebelah pihak walaupun masih berbaki 13 bulan bersama Kafa selepas dilamar pasukan dari selatan, Johor Darul Takzim pada musim lepas.
Mengulas
mengenai jumlah baki kontrak bernilai RM400,000 bersama Kafa seperti
yang dinyatakan Annuar, Tunku Ismail berkata, Mat Yo akan menjelaskan
bayaran harga tebus kontrak sebanyak RM250,000 seperti ditetapkan oleh
FAM.
“FAM sudah
menetapkan bahawa beliau (Mat Yo) perlu membayar sebanyak RM250,000.
Jadi Mat Yo menerusi peguam yang dilantik akan berbuat sedemikian
seperti diarahkan FAM. Janganlah ambil kesempatan.
“PBNJ
sendiri sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan
FAM malah begitu juga pemain kami. Janganlah bersikap kebudak-budakan
dan cakap belakang-belakang,” katanya.
Justeru,
Tunku Mahkota Johor mengalu-alukan mana-mana pihak termasuk Annuar
untuk berdepan dengan beliau sekiranya mahu menuntut sebarang
penjelasan mengenai pelbagai perkara.
“Rumah
saya sentiasa terbuka untuk sesiapa sahaja datang jika ada sebarang
masalah. Bersikap profesional dalam sukan dan janganlah membangkitkan
isu bukan-bukan.
“Hentikanlah
drama dan politik anda. Jangan jadikan sukan bola sepak seperti
berkempen dalam politik. Jika tidak suka, datang jumpa dan cakap
depan-depan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan