Rabu, 23 Januari 2013

TGNA Bidas Najib: Nyawa Di Kerongkong Baru Nak Buat Janji

 
KELAB GREENBOC
 
Kota Bharu: Setelah nyawa berada dikeronkong, Umno Kelantan menawarkan pelbagai projek di negeri ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum 13 (PRU13).

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata demikian di pejabatnya tengah hari tadi, ketika diminta mengulas janji Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika melawat negeri ini semalam.

”Kenapa baru sekarang setelah nyawa BN berada di keronkong, baru nak tunjuk duit ada.

“Orang Kelantan dah faham. Jambatan Sultan Yahya ke dua pun sudah berapa lama tak siap.

“Tiada kerajaan di dunia ini yang tidak membuat projek. Komunis ada projeknya, kapitalis ada projek cara dia.

“Dalam PRU 12, Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (PR) dari Barisan Nasional (BN). Selangor bermacam-macam projek ada, bermacam-macam universiti ada, bermacam-macam orang kaya ada, tetapi BN tetap kalah di situ,” ujarnya lagi.

Tuan Guru menambah, rakyat kini cerdik untuk menilai semua janji yang dibuat oleh Umno dan tidak akan termakan dengan umpan yang ditaburkan lebih-lebih ketika menghampiri PRU 13 yang akan menjelma tidak berapa lama lagi.

Utusan gelapkan berita

Sementara itu, ketika diminta mengulas kejayaan saman oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas akhbar Utusan Melaysia, Tuan Guru menyatakan rasa seronoknya dengan kejayaan berkenaan.

“Saya yang dengar lebih seronok dari dia yang menyaman Utusan Malaysia. Bukan masalah Anwar, tetapi saya benci kepada pengelapan berita.

“Tiada hak manusia untuk menyekat maklumat yang sebenarnya. Apabila digelapkan berita manusia tidak akan berkembang,” tegasnya Ujarnya lagi, setiap manusia perlu didedah pelbagai maklumat khususnya pelajar university bagi menghadapi persaingan.

“Islam tidak pernah sekat maklumat.

Orang yang tidak mahu mendedahkan maklumat mereka ingin menjadi tuhan dengan mengambil alih kerja tuhan, ini celaka besar. Kerana itulah timbul fahaman komunis dan kapitalis,” ujarnya lagi. -HD

7 projek PRU: Pas dakwa PM tidak ikhlas


Pas menyifatkan janji-janji kepada negeri Kelantan yang diungkapkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai tidak ikhlas dan hanya ingin meraih undi rakyat di negeri itu.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, segala janji sedemikian bukanlah perkara baru malah ia hanya janji kosong menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.

Menurutnya, sepatutnya, kehadiran perdana menteri itu bukan lagi menambah janji sebaliknya melunaskan banyak perkara tertunggak untuk negeri berkenaan.

"Rakyat Kelantan tidak sedaif itu untuk menelan semua janji yang ditaburkan.

Janji sedemikian tidak ikhlas kerana beliau sudah terdesak untuk membubarkan Parlimen dalam sedikit masa lagi.

"Jika beliau benar-benar ikhlas, lunaskan dahulu pembayaran royalti kepada rakyat Kelantan bukan dengan pembinaan stadium dan sebagainya," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, tidak perlu ditubuhkan jawatankuasa khas bagi isu berkenaan memandangkan ia adalah perjanjian terus di antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

"Saya hairan mengapa perlu ada jawatan kuasa khas? Ia secara jelas, kerajaan persekutuan mahu melewat-lewatkan pemberian hak yang sepatutnya diterima rakyat Kelantan.

"Jika benar-benar beliau prihatin, sudah lama dibina lebuh raya Gua Musang yang mana sering kali menghadapi kesulitan menjelang musim perayaan, bukan pada waktu sekarang," katanya.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menjelaskan penderitaan yang dialami rakyat Kelantan sudah lama.

"Kerajaan persekutuan sering kali menafikan hak negeri. Apabila sudah hampir PRU13, beliau hadir dan menambah janji tanpa melunaskan dahulu 'hutang-hutang' lama kepada negeri.

"Kerana itu, saya katakan, rakyat Kelantan tidak mudah menelan janji-janji kosong seperti itu," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, rakyat negeri itu optimis bahawa janji perdana menteri itu hanyalah tidak lebih daripada 'gula-gula' untuk menyedapkan telinga dan hati Barisan Nasional (BN).

"Inilah usaha terdesak yang dilakukan BN dan Umno setelah pelbagai usaha selama ini gagal menambat hati rakyat Kelantan.

"Selayaknya beliau menjelaskan dahulu hutang tertunggak seperti yang pernah ditabur sebelum ini ketika Pilihan Raya Kecil di Manik Urai dan Galas iaitu pembinaan jambatan dan kemudahan jalur lebar," katanya.

Katanya, dengan tujuh janji baru itu, Najib dilihat telah berjaya menambah koleksi janji terhadap rakyat Kelantan tanpa ada satu yang dilunaskan.

"Begitulah kesungguhan BN dan Umno yang berterusan cuba menawan hati rakyat.

"Mungkin sebelum ini, janji yang ditabur di negeri-negeri lain berjaya memikat, tetapi tidak kepada rakyat Kelantan yang sudah masak dengan helah begini, katanya.

Kelmarin, Najib mengumumkan tujuh projek besar yang bakal dilaksanakan bagi memajukan Kelantan sekiranya mendapat mandat rakyat negeri itu
-SH

Tiada ulasan: