Oleh sakmongkol AK47 |
Beberapa hari yang lalu, Najib menyampaikan pesanan kepada pendengar radio Selangor FM ke apa? Ini steysen radio propaganda UMNO untuk melengkapkan lagi jentera dan agenda menabur fitnah, pembohongan dan penipuan UMNO, khusus untuk rakyat Selangor.
Kerana sudah hilang negeri yang terkaya dalam Malaysia , Najib sekarang amat terdesak untuk merampas kembali Selangor.
Rakyat Selangor tahu siapa yang menipu. Saya berceramah banyak kali di Kuala Selangor, Tanjung Karang, Sabak Bernam, Sungai Besar dan Sekinchan, rakyat Selangor disana tahu siapa penipu dan pendusta sebenar nya. Tidak lain dan tidak bukan- UMNO. Khir Toyo tipu mereka. Ahli parlimen UMNO tipu mereka. Noh Omar tipu mereka. Zain Badak tipu mereka.
Najib ni cakap dalam dunia khayalan atau apa? Dia baru telan pil kuda ke apa? PM Malaysia cakap macam seorang pengerusi JKKK yang dapat elaun RM400-800 sebulan tapi yang baru pekena daun ketom.
Banding dengan Pakatan, kita BN tak tipu punya, teriak Najib. Saya tak suka ditipu. Tuan2 tak suka ditipu. Sambung Najib.
Bila saya baca dalam akhbar Star, Najib cakap begitu, saya hampir jatuh dari kerusi. Sebelum 2008, Selangor sentiasa berada dibawah pemerintahan UMNO dan BN. Apa yang UMNO buat selama itu yang belum lagi dibuat? Beri satu undi kepada calun UMNO dan BN, bererti rakyat Selangor beri lesen merompak dan melanun kekayaan negeri ini kepada puak UMNO.
Semasa zaman penjual tempe dan pencabut gigi nombor One memerintah Selangor, hasil dari perniagaan pasir sekitar RM8juta setahun. Dibawah MB yang gagap, hasil nya RM20 juta setahun.
Mana yang bagus? Janji Najib atau perlaksanaan Khalid?kemana pergi nya perbezaan RM12 juta setahun? 10 tahun? RM120 juta hasil rakyat disonglap oleh pemimpin2 UMNO.
One two three four. Lima, enam, tujuh, lapan. Najib razak cakap besor, nak tawan Selangor no harapan!
Khir Toyo tinggalkan Selangor dengan rezeb tunai RM 300 juta. Sekarang dibawah Khalid Ibrahim, rezeb tunai 2500 juta. Mana yang bagus? UMNO parti perompak atau PR?
Siapa yang menipu? Najib atau pemimpin PR? Najib tak beritau kita apa isiu Puspahanas- projek Bukit Raja dalam negeri Selangor. Projek nya tidak ada tapi duit dah kasi pemimpin UMNO belasah.
Kerajaan dah bayar RM27 juta pendahuluan. Untuk apa? Mobilisasi? Mana dia bangunan puspahanas? Jawab yang ini dahulu, baru Najib ada asas moral untuk bercakap kepada kita soal kena tipu atau apa2.
Terangkan kepada rakyat bagaimana hak milik keatas tanah itu diberikan kepada Raja Ropiah? Land bond RM 72.5 juta itu untuk apa? Jangan tipu, kasi beritahu kita. Bayaran premium? Jika bayaran premium pindah milik kepada siapa? Kepada Kementerian atau kepada Raja Ropiah? Apa title yang Raja Ropiah ada yang dia boleh jual kepada Deepak Jaikishan?
Beritahu kita wahai Najib Razak- jika Deepak tidak boleh dipercayai, mengapa keluarga PM ada banyak urusan dengan Deepak? Orang yang tidak boleh dipercayai dianggap sebagi sangat baik ibarat adik kakak dengan Kak Ros. PM kita biarkan seorang yang tidak boleh dipercayai hampir dengan isteri yang tersayang? Lebih baik suruh Deepak jaga Kak Ros semasa PM tidak ada dirumah.
Apa yang Raja Ropiah ada yang membenarkan dia menjual tanah 200 ekar kepada Deepak? Rakyat Selangor mendesak PM yang tidak tipu ini, menerangkan mengapa Deepak bayar RM13 juta tunai kepada Raja Ropiah, RM8juta tunai sumbangan politik melalui Raja Ropiah.? Mak ai, RM 21 juta tunai dari orang yang tidak boleh dipercayai tapi sahabat baik kepada Keluarga Najib. RM 27 juta dari kerajaan, RM48 juta semua nya!
Dan Najib mesti terangkan mengapa Boustead Holdings buys out Deepak dari Astacanggih pada harga RM30juta? Apa penting nya Deepak orang yang tidak boleh dipercayai ini? Kan lebih baik dijelkan? Dan pada masa yang sama beli tanah 200 ekar itu dari Raja Ropiaah dengan harga RM 130 juta? Kenapa?
Dan kita jangan lupa, mama-san Raja Ropiah sudah jual sebahagian kepentingan dalam tanah tersebut kepada syarikat pengilang berus gigi dengan harga RM2 juta tunai dan kemudahan OD RM16juta? Bak kata orang Negeri Sembilan- Rayo Koling ekau jang!
Rakyat Selangor yang dengar Najib berkhutbah jangan ditipu dan BN boleh buat lagi baik dari Pakatan, berhak mendapat penjelasan dari Najib.
Rakyat Selangor jangan kena tipu dengan PM yang mempunyai terbanyak bagasi dalam sejarah Malaysia. Rakyat mahu tahu kebenaran disebalik komisyen kapal selam, nak tahu mengenai PKFZ, nak tahu mengenai projek lembu, nak tahu pembelian patrol bot sejak zaman Amin Shah, nak tahu
pembelian OPV jenerasi ke2 yang sudah sampai RM9billion. Boleh kah kita percaya kerajaan yang membeli rapid intervention vehicle yang berharga RM150,000 dalam pasaran pada harga RM650,000?
Rakyat sudah tahu tiori XYZ dalam penghargaan projek kerajaan, RM untuk X( harga sebutan kepada pengguna), RM untuk Y(atas nama jawatan) dan RM untuk Z( atas nama persendirian). Kos XYZ untuk projek UMNO dan BN.
Rakyat Selangor- waspada, jangan termakan kata2 UMNO yang penipu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan