KUALA LUMPUR: Senarai calon KEADILAN yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13) akan siap sepenuhnya pada pertengahan bulan depan, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.
Beliau berkata, 80 peratus calon dikenalpasti dan akan dilengkapkan dalam masa terdekat.
Menurutnya, senarai nama calon setiap negeri sudahpun dihantar kepada Pengerusi KEADILAN di negeri masing-masing bagi mengenal pasti individu yang menjadi calon.
“Kita sudah teliti nama-nama calon. Hanya tunggu masa sesuai untuk kita umumkan. Setakat ini hanya sesetengah individu sahaja diumum,” katanya kepada Keadilan Daily.
Tambah Ahli Parlimen Batu itu, penetapan tersebut ekoran mengambil kira tarikh pembubaran Parlimen.
“Parti ada strategi tersendiri kerana tarikh pilihan raya tidak menentu. Sebab itu kita tidak mahu umumkan (calon) lebih awal.
“Kita jangka semua pemilihan calon akan selesai pada pertengahan Februari sebab kita jangka pilihan raya tidak lewat daripada April,” katanya.
Tian menambah, antara calon yang disenaraikan awal sudah memulakan gerak kerja di kawasan masing-masing dibantu jentera parti.
“Calon-calon yang terpilih telah bersiap sedia dan mungkin ada strategi tertentu yang akan kita buat pada saat-saat akhir. Ini bergantung pada persetujuan terakhir oleh Pakatan Rakyat untuk tentukan semua kerusi,” jelasnya.
“Untuk pilihan raya kali ini memang tiada masalah, kerana kita bertugas seperti satu pasukan.
“Kita menawarkan visi baru dengan pendekatan positif. Rakyat boleh pilih agenda Pakatan atau Umno yang kita tahu sinonim perangai rasuah dan pelbagai penyelewengan,” kata Tian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan