Ahad, 13 Januari 2013

Rakyat Malaysia di Kaherah berhimpun walau diugut kedutaan

KEADILAN DAILY

KAHERAH :  Kira-kira 500 orang rakyat Malaysia di Kaherah, Mesir berhimpun sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kuala Lumpur semalam.

Perhimpunan itu berjaya diadakan walaupun mendapat ancaman yang tidak profesional daripada pihak kedutaan.



Ancaman itu tidak menghalang semangat anak-anak muda ini untuk menyatakan hasrat mereka melihat negara mereka dipimpin oleh mereka yang amanah, keadilan dan demokrasi.

Dipetik Harakah Daily, anak-anak muda ini tampil dengan menutup muka, membawa sepanduk dan melaungkan seruan kebangkitan rakyat.

Himpunan ini sepatutnya dihadiri oleh pimpinan ikhwan Muslimin Dr. Kamal Helbawi tetapi di minit-minit akhir, beliau mempunyai komitmen yang lain.

Tiada ulasan: