Rabu, 23 Januari 2013

Puad, Mat Maslan Perlu Tiru Saifuddin

MSO

Puad Sarkashi perlu memperbetulkan standard dirinya sebagai anggota kabinet agar ianya tidak sampai ke tahap haprak. Banyak sudah perkara yang diutarakan Puad tidak mencapai standard beliau sebagai timbalan menteri. Isu atau topik yang diucapkan oleh Puad tidak lebih dari standard presiden Perkasa(m) saja. Patut Puad bezakan dirinya dengan presiden NGO itu kerana dia mempunyai latar belakang dan disiplin diri yang jauh lebih menarik.

Sekurang-kurang dua perkara yang Puad sentuh tetapi ia meragukan dan boleh dipersoalkan. Pertikaian beliau berhubung isu itu juga tidak meletakkan beliau seorang yang berkualiti. Jauh sekali setaraf dengan kedudukan dia sebagai seorang bergelar doktor falsafah (Phd). Barang kali ada kebenarannya juga sesetengah kawan yang mempertikaikan dari mana Puad mendapat Phd kerana tahap keilmuan yang ditunjuk tidak sampai ke peringkat itu.

Apakah ia sama dengan standard kedoktoran yang diperolehi oleh Ahmad Zahid Hamidi?


Perkara yang dicakapkan oleh Puad banyak boleh dipertikaian. Salah satunya ialah berhubung tuduhan beliau yang DAP telah mencetak kitab Injil dalam bahasa Melayu. Tuduhan itu dibuat berdasarkan apa yang beliau difahamkan. Sumber yang memberi kefahaman kepada beliau ialah Utusan Malaysia - surat khabar yang paling banyak kalah saman di dunia.

Terbaru ialah mengenai pengedaran kitab Injil di sebuah sekolah di Pulau Pinang. Beliau menarik perhatian mengarah sekolah agar menyiasat dan memastikan tiada Injil diedarkan. Maklumat yang dikutip oleh Puad ialah dari sumber Utusan Malaysia. Utusan Malaysia pula mengambil sumber daripada persatuan 'kepalabuku'.

Sebagai seorang timbalan menteri Puad sepatutnya menjaga standard dan kelas dirinya. Jangan diambil sumber-sumber yang 100 peratus karut dari Utusan Malaysia itu. Puad patut menilai sejauh mana akhbar berkenaan. Tidak bermakna ia adalah surat khabar Umno ia boleh dipercayai seratus peratus. Dan sebagai seorang akademik Puad tidak boleh 'merawa' semua isu termasuk isu-isu berkelas sampah untuk di ketengahkan.

Apakah Puad tidak mengikuti perkembangan mahkamah yang lepas satu, satu hakim menjatuhkan hukuman Utusan Malaysia sebagai bersalah atas kerana menyebarkan berita fitnah. Apakah Puad tidak peka ini?

Kita menimbulkan ini kerana bimbang Puad lama kelamaan akan jadi seperti surat khabar berkenaan. Berbohong, putar belit cerita sudah menjadi habit. Bila sudah sampai ke peringkat ini Utusan Malaysia akan jadi seperti anjing yang habit makan tahi, di mana kalau tidak dapat tahi bau pun sudah cukup. Dibimbangkan juga kerana percaya kepada akhabr itu lama-lama Puad bukan saja setakat, cakap berlapik lidah tetapi bimbang lidahnya juga akan jadi bercabang.

Kita tahu Puad menjadi banyak bercakap kerana hendak tunjukkan kepada Najib dia adalah menteri muda yang ada idea dan rajin mempertahakan Umno. Kalau idea banyak tetapi semuanya hampas dan haprak tidak ada guna pun. Sebodoh-bodoh Najib dia tidak akan menelan apa yang Puad katakan. Najib bukan plastik.

Najib juga tahu hubungan darah daging Puad dengan Anwar Ibrahim sebelum ini. Chemistry itu tidak akan dilupakan Najib. Makanya sekuat mana Puad bercakap untuk menarik perhatian Najib agar melantik dia jadi menteri penuh, ia tidak akan mudah terjadi. Puad seperti juga Zahid Hamidi yang berada dalam senarai Najib bertandakan 'ribbon merah'.

Bila mengenang Puad saya teringat kepada kawan saya Ahmad Maslan. Puad semacam hendak berlumba dengan Mat Maslan. Hendak tunjuk dan buktikan yang dia lebih banyak bercakap dan idea walaupun ianya karut marut dan kadang-kadang dangkal. Puad dan Mat Maslan hendak jadi hero di Johor. Mereka sedang memasang angan-angan untuk melintasi Hishamuddin Hussein dan Khalid Nordin.

Seperti juga Puad demikian dengan Ahmad Maslan. Najib tidak akan mudah terpengaruh dengan percakapan mereka yang kadang-kadang lebih lawak dari puak-puak raja lawak. Najib ada kayu pengukur sendiri.

Kepada Puad dan Mat Maslan mereka boleh tiru apa yang ditunjukkan oleh Saifuddin Abdullah. Dia juga Umno tetapi bila bercakap soal negara dia letakkan Umno di tangga. Bagnya Umno bukan sepanjang masa dengannya. Dia tidak peluk Umno bersama isterinya atas katil tidak seperti Puad dan Mat Maslan. Inilah pemimpin dan orang cerdik.

Ikhlas saya sarankan baik Puad dan Mat Maslan belajarlah jadi seperti Saifuddin Abdullah. Sebenarnya harga diri anda itu lebih mahal dari harga Umno yang anda pertahankan sehingga sampai rosak reputasi anda.

Tiada ulasan: