Khamis, 24 Januari 2013

Projek Pusat Sains RM45 juta 'Sakit', DiTender Semula

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita13/pusat%20sains%20terengganu%20terbengkalai.jpgWartawan Buletin 

KUALA TERENGGANU - Pusat Sains  dan  Kreativiti Negeri Terengganu (PSKT) yang diilhamkan pada awal tahun 2006 bertujuan memajukan dan  membangunkan sebuah kawasan pembangunan  sains dan  kreativiti, dimulakan pembinaannya pada tahun 2008.

Catatan pada laman sesawang PSKT, Kompleks PSKT juga bertujuan  untuk memberi kemudahan  pembelajaran, pengetahuan, informasi, penerokaan, dan kajian khususnya   kepada  masyarakat   tempatan, dijangka siap pembinaannya pada penghujung tahun 2013.

Laporan Senarai Projek dalam Pembinaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya negeri Terengganu pada bulan Jun tahun 2008 sebaliknya meletakkan jangkaan siap pembinaan PSKT pada bulan Februari tahun 2009.

Kos pembinaan PSKT yang dinyatakan dalam laporan tersebut adalah berjumlah RM31.15 juta.

Berbeza dengan kenyataan Pengarah Urusan Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu, Dr Mohd Zaki Mohd Said dalam kenyataannya yang dipetik Bernama pada 28 Ogos tahun 2008 berkata, kos pembinaan pusat itu adalah sebanyak RM45 juta.

Manakala pada 20 Jun 2012, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan Dan Hal Ehwal Pengguna Negeri  Dr A Rahman Mokhtar selaku Pengerusi Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu pula berkata, Pusat Sains baru itu dijangka dapat diguna menjelang penghujung 2014.

Kenyataan 'berbolak balik' mengenai PSKT oleh pegawai dan pemimpin kerajaan Umno-BN Terengganu tidak dapat menyembunyikan hakikat sebenarnya, projek yang dibiayai dengan peruntukan kerajaan negeri itu adalah merupakan 'projek sakit'.

Rakyat Terengganu dijangka mengalami kerugian apabila projek yang terbengkalai terpaksa di tender semula.

Surat penamatan kontrak kepada kontraktor pembinaan PSKT telah dikeluarkan oleh Pegawai Kewangan Negeri Dato' Haji Abdul Razak Ismail Pada 30 Ogos, 2012.

Menurut surat tersebut, Kerajaan negeri mendakwa kemajuan kerja pembinaan PSKT adalah 79%, terlewat kira-kira 21% dari sasaran.

Oleh itu, Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu telah mengeluarkan semula tender Cadangan Membina Dan MenyiapkanPSKT bagi menyiapkan kerja-kerja terbengkalai pada Ahad 6 Januari lalu.

Tiada ulasan: