Khamis, 24 Januari 2013

Pemuda Pas gesa iktiraf Hamas

Wartawan Sinar Harian

Raja Ahmad Al-Hiss
Raja Ahmad Al- Hiss
 
SHAH ALAM - Dewan Pemuda Pas menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak segera mengiktiraf Pergerakan Islam Palestin (Hamas) sebagai sebuah organisasi Islam serta kerajaan Palestin yang sah di bumi Palestin.

Dalam kunjungan Najib ke Gaza kelmarin, beliau bertemu dengan Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh yang mewakili kerajaan Hamas.

Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al Hiss berkata, kunjungan PM seharusnya diterjemah sebagai hubungan akrab antara Malaysia dengan Kerajaan Hamas.

Katanya, Hamas perlu dikeluarkan daripada rekod sebagai kumpulan pengganas antarabangsa dan Malaysia perlu membersihkan nama Hamas di pentas dunia.

"Selain itu, Pemuda Pas juga kesal kesal kerana sehingga kini kerajaan gagal mengiktiraf Hamas sebagai sebuah kerajaan yang sah mewakili rakyat negara itu. Kita minta kerajaan supaya membuka kedutaan Palestin di Kuala Lumpur yang diwakili Hamas sebagai entiti rasmi kerajaan negara itu.

"Tambahan lagi, wakil Hamas perlu dijemput dalam setiap program rasmi melibatkan kerajaan luar yang dianjurkan di negara ini. Umat Islam di negara ini mengharapkan peranan lebih besar disalurkan kepada bumi berdarah Palestin serta Syria daripada sekadar kunjungan PM," katanya.

Tiada ulasan: