Khamis, 10 Januari 2013

MCA: Kalimah ‘Allah’ boleh diguna penganut agama lain selain Islam, Kristian


KUALA LUMPUR— MCA hari ini dalam satu kenyataan menegaskan penggunaan kalimah Allah tidak hanya terhad kepada masyarakat Islam dan Kristian, tetapi pengganut agama lain seperti Sikh, Hindu, orang asli semenanjung dan Baba-Nyonya juga boleh menggunakan kalimah suci tersebut.

Gesaan tersebut dinyatakan oleh ahli jawatankuasa pusat MCA, Loh Seng Kok (gambar) ekoran kenyataan dua pemimpin DAP iaitu Lim Guan Eng dan pembantunya Zairil Khir Johari yang mahu Putrajaya membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah.

“Kami sering tertanya-tanya mengapa Guan Eng menghadkan hak ini kepada masyarakat Kristian tapi tidak diperluaskan kepada pengerusinya Karpal Singh yang merupakan penganut Sikh.

“Hindu, orang asli dan masyarakat Baba-Nyonya juga menggunakan kalimah suci Allah ini,” kata beliau.

Loh juga berkata kitab suci Sri Guru Granth Sahib Ji dan the Veda illegal yang menjadi rujukan masyarakat Sikh dan Hindu turut mengandungi kalimah Allah.

“Sebarang halangan akan mengenepikan hak Perlembagaan Sikh dan Hindu daripada mengamalkan kepercayaan mereka, sekaligus ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan,” tambah Loh.

Dalam pada itu, beliau turut bersetuju dengan pandangan bahawa penganut agama lain boleh menggunakan kalimah suci Allah.

“Penggunaan kalimah Allah telah diputuskan di Mahkamah Tinggi menerusi penghakiman pada 31 Disember 2009.

 “Berdasarkan keputusan itu, penggunaan kalimah Allah bukan hanya ekslusif kepada masyarakat Muslim sahaja,” tambah beliau.

Polemik penggunaan kalimah Allah timbul kembali apabila Lim dalam perutusan Krismasnya pada 24 Disember lalu menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Injil bahasa Melayu memandangkan ia telah dibenarkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu dan digunapakai di Timur Tengah hampir seribu tahun lalu.

“PAS sangat kecewa dengan Umno, sebuah parti yang mewakili orang Melayu Islam dan Barisan Nasional (BN), yang memerintah negara ini, kerana menjadikan kalimah ‘Allah’ sebagai satu isu ... tanpa mengambil berat tentang salah faham yang diwujudkan dan ketegangan di kalangan rakyat negara kita yang terdiri dari pelbagai agama,” kata Hadi hari ini.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, masyarakat Kristian dan Islam terlibat dalam perang mulut mengenai perkataan “Allah”, dengan kumpulan kedua berhujah penggunaannya perlu eksklusif kepada mereka atas alasan bahawa Islam adalah monoteistik dan perkataan “Allah” bermaksud tuhan kepada orang Islam.

Penghantaran Alkitab, kitab Injil dalam bahasa Melayu kepada Bumiputera Kristian yang menggunakan Bahasa Melayu telah disekat atau dirampas di pelabuhan, sebelum kerajaan akhirnya tunduk kepada tekanan dan membebaskannya pada tahun 2011.

Tiada ulasan: