Sabtu, 5 Januari 2013

MB : Hanya Lulus Pembinaan Kem Tentera


MB PC Exco September 2012

SHAH ALAM  : Tidak ada kelulusan pembinaan bangunan lain, melainkan pembinaan kem tentera seperti yang ditetapkan sebelum ini.

Ini bermakna Kerajaan Negeri Selangor tidak akan meluluskan sebarang permohonan pembangunan di atas tanah yang diserah kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan di kawasan Perindustrian Bukit Raja, Klang.

Mengikut kenyataan akhbar yang di keluarkan Sekretariat Ahkbar Pejabat Menteri Besar, jika ada apa-apa pembangunan dan urusniaga dilakukan ke atas tanah-tanah tersebut maka ia dilakukan tanpa pengetahuan dan Kerajaan Negeri tidak mengiktirafnya.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES) yang dipengerusikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, selepas mendengar taklimat yang diberikan oleh Pengarah Tanah dan Galian Negeri dan tiga pegawai daerah, semalam.

“Kita tidak akan membenarkan sebarang pembangunan di atas tanah itu kecuali bagi pembinaan kem latihan tentera seperti yang ditetapkan, itu pun selepas mendapat kebenaran Mesyuarat kerajaan Negeri Selangor (MMKN) dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES),” kenyataan itu dipetik.

Pada mesyuarat MTES itu, Menteri Besar dimaklumkan bahawa semua tanah yang diserah kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dikhususkan untuk pembinaan kem latihan tentera dan tanah-tanah ini masih lagi di bawah nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dan tidak dipindahmilik kepada mana-mana syarikat atau individu.

Menteri Besar berkata, keputusan ini sejajar dengan prinsip kerajaan negeri yang telus, bertanggungjawab dan menolak sama sekali amalan rasuah serta salah guna kuasa untuk kepentingan peribadi dan politik yang akhirnya rakyat menangung beban.

Tiada ulasan: