Rabu, 23 Januari 2013

Majlis Peguam desak dakwa Ibrahim Ali kerana menghasut bakar Injil

TERKINI




KUALA LUMPUR — Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali seharusnya didakwa di bawah Akta Hasutan kerana kenyataannya mengenai pembakaran kitab Injil, kata Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee, menyokong tuntutan dilakukan oleh ahli parlimen pembangkang.

Lim (gambar) mengatakan Majlis Peguam kekal undang-undang tersebut boleh disalahguna untuk menutup mulut musuh politik kerajaan, akan tetapi oleh kerana kerajaan pernah menggunakan undang-undang tersebut terhadap pemimpin pembangkang, ianya perlu digunakan terhadap Ibrahim kerana kenyataannya jelas menghasut.

“Jika pertuduhan menghasut digunakan terhadap Karpal Singh, pertuduhan sama perlu digunakan terhadap Ibrahim Ali dimana sub seksyen 3(1) di bawah Akta Hasutan 1948 memperuntukkan kecenderungan menghasut adalah kecendrungan:

“(d) untuk membangkitkan rasa tidak puas hati atau ketidaksetiaan dikalangan subjek Yang Di Pertuan Agong atau pemerintah mana-mana negeri atau dikalangan penghuni Malay atau mana-mana negeri;

(e) untuk mempromosi perasaan tidak baik dan permusuhan dikalangan kaum atau kelas berbeza dari populasi Malaysia.

“Walaupun Majlis menuntut Akta Hasutan dipinda, jika undang-undang tersebut dikuatkuasakan, ia perlu dikuatkuasakan secara adil tanpa diskriminasi Insiden ini dan juga kenyataan menghasut oleh seorang lagi pemimpin Perkasa terhadap Hakim dan Kehakiman mencadangkan Perkasa dibenarkan berkelakuan dengan sewenang-wenangnya,” kata ketua Majlis Peguam itu dalam sebuah kenyataan.

Karpal yang juga pengerusi DAP dan ahli parlimen Gelugor dibicarakan kerana dituduh menghasut berhubung krisis perlembagaan dalam isu Perak pada tahun 2009, dimana beliau dituduh membuat kenyataan mencabar kuasa Sultan Perak dalam membubarkan dewan undangan negeri. 
 
Beliau sebelum ini dibebaskan daripada pertuduhan itu oleh Mahkamah Tinggi pada tahun 2010, tetapi Mahkamah Rayuan kemudiannya mengarahkan beliau untuk membela diri di atas kejayaan rayuan oleh Jabatan Peguam Negara.

"Orang ramai perlu diberi amaran ini berkemungkinan kesalahan jenayah," kata Lim.

Semalam, Karpal membuat laporan polis mendesak Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail untuk memulakan penyiasatan polis terhadap Ibrahim diatas kenayataannya meminta orang Islam untuk "merampas dan membakar Injil yang mempunyai kalimah ‘Allah" dan perkataan Arab lain.

Aduan polis Karpal itu dibuat sebagai respon kepada komen peguam negara yang dilaporkan, pendakwa hanya akan bertindak terhadap Ibrahim jika ktab Injil mula dibakar, dan beliau tidak bimbang dengan kenyataan tersebut.

Pengerusi DAP berkata dalam laporan polis beliau merancang pergi ke mahkamah bagi memaksa Abdul Gani untuk mengambil tindakan dan "menjalankan tugas awam" jika peguam negara enggan mengambil tindakan terhadap Presiden Perkasa dalam tempoh dua minggu akan datang.

Perkasa berkata dalam satu kenyataan pada Isnin bahawa kenyataan Ibrahim mengenai perkara itu telah disalah tafsir kerana beliau hanya merujuk kepada Alkitab bahasa Melayu.

"Saya mengesahkan Presiden Perkasa ada sebut ayat bakar Bible tetapi beliau tidak bermaksudkan Bible dalam bahasa Inggeris yg sebenar.

"Beliau memaksudkan Bible dlm bahasa Melayu yg menggunakan perkataan Allah dan tulisan jawi," kata setiausaha agungnya, Syed Hassan Syed Ali.

1 ulasan:

lijitra berkata...

tunggu apa lagi.terus dakwa brahim katak tu.