Oleh Aspan Alias |
Semakin hari semakin panas suhu politik di negara yang dikatakan pimpinan utama kita akan menjadi negara maju yang berpendapatan tinggi. Entah apa kemajuan yang kita akan capai tidak pula kita ketahui. Tetapi apa yang kita lihat, kita semakin hari semakin ke belakang dan tidak maju ke hadapan. Isu bertambah rumit dan besar, dan semua isu ini berkait dengan tingkah laku dan salah gunakuasa oleh pucuk pimpinan negara dan UMNO.
Deepak pula memberikan reaksi marah-marah apabila Najib memperlekehkan tuduhannya (Deepak) terhadap terhadap Perdana Menteri yang ‘controversial’ itu. Deepak berjanji akan mengeluarkan lagi banyak isu yang belum diketahui umum yang berkaitan dengan Najib suami isteri itu. Walau sebesar mana pun pawang dan dukun digunakan oleh Rosmah, isu terhadap mereka yang tinggal di Sri Perdana itu tetap datang bertalu-talu.
Nampaknya satu demi satu perkara yang disorokkan oleh pucuk pimpinan
sejak tiga puluh tahun dahulu mula keluar dan ia memeranjatkan kepada
setengah pihak. Tetapi tidak pula memeranjatkan kepada setengah pihak
yang telah melihat dengan dekat perubahan nilai dalam UMNO dan
kepimpinannya sejak dari masa itu.
Isu yang terakhir ialah berhubung dengan Suruhanjaya Pendatang Asing
(RCI) Sabah yang telah di tubuhkan oleh kerajaan. Akhirnya Dr Mahathir
mengakui yang beliau lah yang terlibat dan membenarkan pemberian kad
pengenalan dan kerakyatan kepada pendatang asing di Sabah dahulu.
Dalam pada beliau mengakui kerja yang tidak baik itu, Mahathir cuba
mencari tempat sandaran untuk meringankan perasaan bersalah beliau
dengan membabitkan Tunku Abdul Rahman Putra yang pada kononnya telah
memberikan sejuta orang Cina taraf kerakyatan semasa sebelum kita
mencapai kemerdekaan dahulu.
Ternyata Mahathir ini semakin hari semakin kusut pemikirannya kerana
tidak lagi dapat melihat isu ini dari perspektif yang betul. Sekarang
baru kita sedar kenapa beliau (Mahathir) tidak menyokong penubuhan RCI
ini kerana beliau merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap isu
pendatang asing di Sabah dahulu.
Membabitkan nama Bapa Kemerdekaan negara oleh Dr Mahathir ini amat
memalukan bagi kita yang mendengarnya. Jawapan beliau tidak melambangkan
yang beliau seorang yang jujur. Memang benar lah pandangan setengah
pihak, Mahathir ini tidak boleh berjalan dengan betul diatas jalan yang
lurus.
Tunku Abdul Rahman telah memberikan kerakyatan kepada orang Cina dahulu
kerana ia merupakan pra-syarat bagi negara mencari jalan untuk
pencapaian kemerdekaan. Pemberian kerakyatan itu juga di berikan kepada
kaum India yang datang dari India yang bekerja di ladang-ladang getah
semasa kita dalam tadbiran penjajahan dahulu.
Bagaimana Dr Mahathir boleh tergamak membabitkan Tunku dalam hal ini
dan menyamakan keadaan semasa itu dengan semasa beliau menjadi Perdana
Menteri. Menyamakan beliau dengan Tunku Abdul Rahman serupa lah
menyamakan buah epal dengan buah sukun atau buah bacang. Pemberian
kerakyatan kepada pendatang semasa itu adalah syarat yang telah di
tetapkan oleh British bagi mencapai kemerdekaan untuk negara semasa itu.
Setelah semua kaum bersatu maka Tunku dan rombongan untuk mencapai
kemerdekaan itu terdiri dari rakyat Malaya yang berbilang kaum itu..
Pemberian kerakyatan itu adalah untuk membina sebuah negara baru yang
merdeka. Di sebaliknya Dr Mahathir memberikan kerakyatan kepada
pendatang asing di Sabah itu adalah untuk meruntuhkan negara. Kad
pengenalan yang di berikan kepada pendatang asing di Sabah itu ialah
untuk memenangkan parti kerajaan yang sudah lemah dan ia meruntuhkan
sistem demokrasi negara ini.
Dr Mahathir tidak dapat membezakan diantara belacan dengan cencaluk.
Apa pun, kenyataan Dr Mahathir itu membuktikan tuduhan banyak pihak yang
Mahathir akan melakukan apa sahaja untuk memenangi pilihanraya
semata-mata. Ada di antara mereka yang berpengaruh dalam negara ini
memberikan pendapat apa yang dilakukan oleh Dr Mahathir ini merupakan
satu tindakan ‘treason’ yang amat serius. Mereka berpendapat Mahathir
perlu di siasat tentang kesetiaannya terhadap negara ini.
Jelas sekarang Mahathir tidak boleh lari dari segala kesalahan beliau
terhadap orang Sabah yang asal. Dengan pemberian kad-kad pengenalan
kepada rakyat asing semata-mata kerana hendak menjaga kepentingan
politik kepartian itu, sememangnya satu tindakan yang ‘treason’ yang
sangat besar. Kita berharap RCI yang masih dalam peringkat penyiasatan
itu, akan melaksanakan tugas dengan jujur dan baik untuk kepentingan
Sabah khususnya dan negara amnya. Kita berharap Suruhanjaya itu akan
membuat cadangan tindakan terhadap pelaku kesalahan ini tanpa memilih
bulu.
Bagi saya , apa yang saya idamkan bersama dengan ramai yang lain ialah,
sebuah negara demokrasi yang benar-benar jujur dan tidak menyelewengkan
asas demokrasi itu secara sengaja semata-mata kerana kuasa. Rakyat
mengharapkan perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi dan cara untuk
membina keyakinan rakyat kita.
Saya berharap Pakatan Rakyat akan mampu melakukan perubahan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan