Khamis, 24 Januari 2013

Mahathir, Ibrahim Menyusahkan Najib

MSO

Pada saat tibanya pilihan raya umum ke-13 Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor sangat mengharap akan ada waktu damai bagi Umno. Najib sangat mengharapkan ada kesenggangan masa kritikal untuk menghadapi pilihan raya. Najib perlukan ketenangan dan sedikit olak menenangkan situasi.

Ibrahim dan Mahathir menyusahkan Najib.
Disebabkan itu beliau cuba berlunak dengan rakyat. Najib memberi wang kepada rakyat dalam berbagai bentuk dan jenama. Semua entiti masyarakat beliau dekati dan menanganinya dengan semesra-mesranya yang boleh. Sepatah ayat dalam skrip lakonan untuk menawan hati rakyat tidak ditinggalkan.

Satu masa Najib hampir berjaya memancing hati semua orang. Rakyat marhain senang dengan cara Najib mengingati mereka. Walaupun rakyat tahu itu adalah sebahagian hipokrasi pilihan raya tetapi rakyat menerimanya. Rakyat memberi simpati kepada Najib sebagai membalas budi baik Najib memberi berbagai insentif dari wang saku rakyat juga.

Begitu juga dalam menangani atau mempedulikan rakyat mengikut etnik atau kaum. Najib sanggup turun menemui semua etnik di mana saja. Najib benar-benar telah mengorbankan darjat kebangsawaannya. Najib sanggup turun ke perkampungan untuk membahagikan sekampit dua beras kepada orang India dan sanggup menjamah tangan India miskin dan memeluk serta merasai hamis dan hapak baju mereka. 

Bukan itu saja Najib sanggup memasuki kawasan spritual India seperti di Batu Cave dan sebagainya. Apa yang beliau lakukan kepada orang India begitulah juga dilakukan kepada orang Cina, kandati masyarakat Cina kian menjauh Najib.

Di Sabah pula demi meraih sokongan, Najib sanggup dan bersedia menerima kehendak rakyat Sabah yang mendesak agar masalah Pendatang Tanpa Izin (PATI) diatasi. Maka itu Najib membenarkan wujudnya suruhanjaya diraja (RCI) untuk menyiasat status dan lambakan imigrat di negeri berkenaan. Mengenai hal ini Najib tidak mempedulikan bantahan Mahathir agar RCI tidak diwujudkan. Najib tahu suruhanjaya itu bakal memakan diri Umno, tetapi kerana hendak melayani kehendak rakyat Sabah, Najib umumkkan juga. Demi hendak membuktikan ketelusan dan trasformasi yang dilancarkan, dia sedia menanggung risikonya.

Pendeknya untuk menyenangkan hati semua orang Najib lakukan. Najib benar-benar meletakkan rakyat di atas singgahsana. Ada kalanya Najib rela menghinakan diri demi rakyat. Beliau sampai dituduh menjadi 'pekakas tenggala', naggal, penolak, igu, ataupun gerak, yang ditarik lembu demi rakyat. Tindakannya yang sesetengah boleh menjejaskan kredibiliti beliau dan juga maruah negara tidak dipedulikan yang penting rakyat senang kepadanya dan UBN akan menang dalam pilihan raya.

Satu masa rakyat sudah jinak dengan Najib. Rakyat menyedari akan keikhlasan Najib berbalut hipokrasi. Najib juga mulai senang denagn situasi yang ada. Beliau menangguhkan beberapa kali untuk mengumumkan tarikh pembubaran parlimen disebabkan menanti 'ketika dan cerlak' yang baik.

Bagaimana pun malang bagi Najib, sebaik masa dan cerlak itu tiba, keadaan yang baik itu terganggu pula dengan tindakan dua orang yang kononnya menjadi penyokong kuat kepadanya. Mereka ialah Mahathir Mohamad dan Inchek Ibrahim Ali. Tindak tanduk mereka ini membingungkan Najib. Mungkin juga disebabkan 'ulah' dan perangai kedua orang ini maka berat badan Najib susut 3.3 kg. Khabarnya Najib benar-benar kecewa dengan sokongan membawa rebah oleh kedua manusia ini.

Ternyata dengan terdedahnya agenda projek IC palsu di Sabah yang mendedahkan peranaan Mahathir di sebalik permainan kotor itu telah mecelaru birukan Najib. Pengakuan Mahathir yang dia terlibat memberi IC palsu itu sambil dalam masa sama menempelak Tunaku Abdul Rahman (Almarhum) menyebabkan hati rakyat yang sudah mulai sejuk dan mabuk dengan pelbagai pemberian Najib menjadi hangat semula.

Rakyat Sabah khasnya yang sudah lama mencurigai dengan projek IC palsu itu yang dilihat satu pengkhiantan kini telah menemui jawaban dan orang yang mereka sandarkan kemarahan itu; Mahathir dan UBN. Terdedahnya perkara itu dan pengakuan Mahathir menyebabkan segala jasa dan budi yang Najib tanam dan taburkan di Sabah menjadi debu dan angin saja.

Bukan saja Najib 'terkanyak' merasa senak dengan isu IC palsu ini, Mahathir juga sehari dua ini menutup mulut dari terus memberi idea bagaimana untuk memenangkan UBN. Mahahir juga menyedari yang langkahnya sudah tersadung dalam jerat yang dipasang sendiri. Mahathir sendiri menyedari bahawa sikap dan keangkuhan dirinya yang selalu merasa hebat terkena cabuk dengan isu IC palsu ini.

Sebenarnya apa yang berlaku itu, adalah satu hakikat di mana kebenaran itu akan muncul juga akhirnya. Kebatilan yang selama ini digendung Mahathir akan tercicir juga dan terdedah kepada umum apabila kebenaran muncul. Sepandai-pandai tupai melompat akan jatuh ke tanah juga dan selicit-licit belut mengeliukkan badan termasuk juga ke dalam 'suak'. (Sejenis alatan tangkap ikan).

Masalah yang ditimbulkan oleh Mahathir itu menjadi lebih penat lagi, apabila Inchek Ibrahim Ali yang bertindak menjadi hidung tidak mancung dan pipi tersorong kononnya untuk membantu kemenangan BN, telah membuat kenyataan yang telah membakar hanguskan impian Najib Razak. Seruan Ibrahim agar kitab Injil dibakar, telah memberi masalah besar kepada Najib.

Kenyataan dan seruan Inchek Ibrahim yang berbentuk rasis dan perkauman itu kini benar-benar menyusahkan Najib. Keadaan negara ini dalam konteks keagamaan dan budaya sedang menggelak gara-gara kenyataan bodoh sombong dan berani bengong Ibrahimn itu. Hati semua orang kini hangat dengan apa yang dilakukan Ibrahim itu. Bukan saja mereka beragama Kristian dan mempercayai kepada kitab itu, tetapi orang yang mempunyai akhlak dan percaya kepada kehidupan saling hormat menghormati juga kesal dan marah dengan seruan beremosi Ibrahim itu.

Seperti Mahathir, Ibrahim juga tersilap langkah. Dia mengira kenyataan dan ajakan itu mendapat sokongan orang Melayu dan Islam lainnya. Inilah manusia kalau merasa bijak dan pengetahuannya hanya di birai rumah saja, dia akan buta dengan perkembangan semasa. Dia tidak tahu apakah apa yang diucapkan itu boleh memberi kebaikan atau tidak.

Biasanya manusia seperti ini orang yang hanya mengikut akal kemetotnya dan memenuhui kehendak nafsu saja tanpa mepedulikan orang lain. Sesungguh manusia seperti Ibrahim ini sudah tidak layak untuk hidup di atas dunia ini, kerana dia mengira hanya dia saja yang cerdik manakala orang lain semuanya haprak. Sifat-sifat ego dan sombong bongkok inilah yang menjadi pegangan dan pakaian manusia yang dikutuk dan dibenci Allah seperti Firaun, Qaron, Namrud dan lain-lain yang disebut didalam al-Quran.

Seperti juga Mahathir, hari ini nampaknya orang Pasir Mas ini menyedari bahawa tindakannya tidak memberi kebaikan sebaliknya menyusahkan Umno dan Najib. Justeru berbagai usaha dilakukan untuk memperbetulkan balik kenyataanya. Sudah muncul orang-orang yang merasa manis tea tarik Ibrahim Ali bercakap untuk memperbetulkan kenyataan Ibrahim itu. Ada yang mengatakan apa dilakukan Ibrahim itu sebaghai wake-up call dan sebagainya.

Semua usaha untuk memperbetul dan menjernihkan kata-kata Ibrahim itu tak ubah seperti usaha untuk memluruskan bayang dari objek yang bengkok. Sia-sia.

Bagaimana pun bak kata pepatah telajar perahu boleh diundur, telajar kata buruk padahnya. Kata orang kampung saya, baik terlucut kain daripada terlucut kata. Kenyataan dan seruan Ibrahim itu telah memberi padah kepada dirinya sendiri. Paling buruk ia memberi penyakit kepada Najib. Kalau sebelum ini penganut Kristian baik dari kalangan Cina, India dan lain bangsa sedang memerhati kepada UBN, tetapi dengan desakan agar kitab mereka dibakar itu, menjadikan mereka tidak akan berpaling lagi kepada BN.

Walaupun Ibrahim bukan anggota komponen BN tetapi kerana mereka tahu ke arah mana sokongan Ibrahim, menyebabkan kesan protes dari mereka akan diterima oleh Umno dan BN. Desakan yang dilakukan oleh Ibrahim itu bukan saja setakat melukai hati penganut Kristian dan pengamal agama lain yang cintakan kedamaian, tetapi ia juga meninggalkan kesan pedih yang mendalam.

Kalau sebelum ini si Salentia itu sering memberi amaran demi amaran jangan menguriskan hati orang Melayu, kali ini orang lain pula memberi peringatan kepadanya agar berhati-hati dalam bercakap jangan sampai mulut terbakar.

Perkembangan terbaru di sekitar diri Inchek Ibrahim ini menambahkan lagi keyakinan  sesetengah orang bahawa beliau tidak akan diberi laluan oleh BN di Pasir Mas untuk beliau dihadapi seorang sama seorang oleh PAS. Dalam kata lainnya tanpa disedari disebabkan senantiasa merasakan tindakannya betul, akhirnya Ibrahim membakar dirinya dari sumber api dari dalam koceknya sendiri. Ingatlah, cakap malam dengar-dengar, cakap siang pandang-pandang. Ibrahim dan Mahathir sudah menjadi liabiliti kepda Najib dan UBN.

Tiada ulasan: