Khamis, 3 Januari 2013

JKR arah asrama Unisel ditutup

KL TODAY

 

Asrama Universiti Selangor (Unisel) di Bestari Jaya telah diarahkan tutup oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Audit Negara sementara menunggu kerja-kerja naik taraf selesai.

Naib Canselor Unisel, Prof Anuar Ahmad berkata pelajar yang telah mendaftar akan diletakkan di lima tempat yang berdekatan dengan universiti berkenaan.

“Pelajar-pelajar akan bertempat Azalea Court, Bandar Tasik Puteri (asrama perempuan), Asrama Unisel Kota Puteri, rumah banglo dan berkembar di Bukit Minyak Bestari Jaya, Taman Ilmu Bestari Jaya dan Mega Crystal Resort, Kuala Selangor.

“Setiap pelajar perlu membayar RM200 setiap bulan, termasuk kos pengangkutan, utiliti dan perkhidmatan lain,” katanya dalam satu kenyataan yang dipaparkan di laman web rasmi universiti berkenaan.

Katanya pelajar juga boleh mencari penginapan mereka sendiri jika mereka berminat.

Difahamkan bahawa ramai pelajar dan ibu bapa sangat kecewa dengan perkara tersebut.

Sementara itu, Exco Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab dalam isu pendidikan, Dr Halimah Ali dijangkan membuat kenyataan berhubung isu itu pada Khamis.

Tiada ulasan: