Khamis, 17 Januari 2013

Isu JMF. Gambar JMF di Perlawanan Johor VS Kelantan. Perlawanan Bola Sepak @ Perang?

Staff Berita Semasa 
 
Gambar Johor Military Force JMF Isu JMF. Gambar JMF di Perlawanan Johor VS Kelantan. Perlawanan Bola Sepak @ Perang?

Kami fikirkan dengan ada FRU cukup untuk menjaga keadaan dan persekitaran di dalam stadium ketika perlawanan berlansgung. Sangkaan kami meleset. Rupanya ketika berlangsungnya perlawanan Johor VS Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke IV tempoh hari memerlukan kelibat “tentera swasta” merujuk kepada Askar Timbalan Setia Negeri Johor (Johor Military Force JMF) sekitar 6 orang lengkap beruniform dan bersenjata rifle M4 carbin untuk menjaga keselamatan pegawai dan pemain Johor. Hebat…..

Pasukan bola sepak Angkatan Tentara Malaysia (ATM) sendiri pun tidak bertindak sebegitu rupa. Mengapa JMF pula….? Ini hanya perlawanan bola sepak bukannya peperangan. Berlawanan bola sepak pun dengan bangsa sendiri dan rakyat Malaysia. Jadi

Nampaknya, kelihatan apabila meibatkan “tugas luar”, mereka menggunakan uniform Regimen Gerak Khas (RGK). Siapa berikan mereka kebenaran untuk menggunapakai semasa mereka ini dihantar ke Kelantan? Jika tahu siapa pemerintah Kem Iskandar, anda akan tahu jawapannya……

Regimen Gerak Khas RGK Johor Isu JMF. Gambar JMF di Perlawanan Johor VS Kelantan. Perlawanan Bola Sepak @ Perang?

Berdasarkan semakan kami, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai hak dan kuasa untuk menahan JMF semasa berada di Kelantan. Boleh ditahan atas 3 sebab :
  1. memiliki senjata tanpa permit
  2. membawa senjata tanpa permit/kebenaran
  3. memasuki negeri Negeri Kelantan tanpa kebenaran
Dan kerajaan negeri Kelantan mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang melarang “tentera swasta” ini (merujuk kepada JMF) daripada memasuki negeri Kelantan.

JMF hanya untuk negeri Johor sahaja. Jikalau diikutkan JMF in hanyalah di dalam kategori Perkhidmatan Sokongan di dalam Senarai Perkhidmatan Kerajaan, setaraf kategori Pengawal Keselamatan (Security Guard) sahaja. jadi tumbul 3 persoalan kami di sini…
  1. Bagaimana pendirian FAM dalam perkara ini???
  2. Apa kelebihan JMF kerana dibenarkan masuk ke stadium dengan bersenjata???
  3. Adakah kuasa JMF lebih tinggi dari Polis & tentera Diraja Malaysia?
Mengapa masuk negeri orang dengan cara yang sebegini rupa? Setiap pemegang senjata api kena PATUH pada terma dan syarat yang diberikan oleh PDRM. Tidak kira ADUN atau Ahli Parlimen atau….

Koleksi 6 Gambar JMF (Johor Military Force) Di Perlawanan Johor VS Kelantan

Sejauh mana kuasa Pengawal Keselamatan Johor sehinggakan ianya boleh merentas ke negeri-negeri lain? Hakikatnya ianya hanyalah berkisar tentang BOLASEPAK!!! Bolasepak sahaja. Negara ini ada undang-undang yang telah dipersetujui oleh semua. Sebarang urusan keselamatan (Polis) & urusan pertahanan (Tentera) adalah bidang kuasa Persekutuan, walaupun untuk negeri Johor. Jadi hormatilah!
P/S : FAM perlu mengeluarkan kenyataan hitam putih tentang perkara ini keran ia melibatkan soal keselamatan & undang-undang.

PP/S : P/S : Tidak perlu angkatan tentara bersenjata “menodai bola sepak negara” kita. Apa kata anda pula? Wajarkah mengenai isu kali ini?

1 ulasan:

Unknown berkata...

Periksa baik2 itu anggota komando Rejimen 21 Grup Gerak Khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

http://www.mirisarawak.com/2011/07/miri-sarawak-dot-com-youtube-komando.html