Himpunan Kebangkitan Rakyat : Kalau sekitar 6 bulan lepas, berlangsungnya himpunan Bersih 2.0 (KLIK SINI).
Macam-macam cerita yang kedengaran sebelum dan selepas himpunan bersih
3.0 tersebut. Kali ini kalangan penganjur himpunan telah meniupkan
“semboyan sekali ini” untuk mengadakan satu lagi himpunan yang mana
dikenali sebagai “Himpunan Kebangkitan Rakyat”.
Mereka mahu mengadakan di sekitar
Stadium Merdeka pada 12 Januari 2013 ini bermula jam 2 petang
sehinggalah pukul 5 petang. Walaubagaimanapun…..
Sehingga sekarang pihak pengurusan masih
belum bersedia untuk berjumpa dengan pihak penganjur. Sama seperti apa
yang terjadi ketika permohonan perhimpunan Bersih 3.0 apabila Dataran
Merdeka tidak dibenar untuk digunakan…(LAPORAN BERITA DI SINI).
Semestinya pihak penganjur terdiri daripada kalangan pemimpin
pembangkang iaitu DAP, PAS dan PKR. Dan mereka tetap berkeras mahu
meneruskan Himpunan Kebangkitan Rakyat ini di sekitar Sradium Merdeka
Video Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari 2013
Himpunan Kebangkitan Rakyat : 8 Tuntutan Mereka
- Menuntut Pilihanraya Adil & Bersih
- Bebaskan Tahanan ISA
- Martabatkan Bahasa Ibunda
- Menuntut Pendidikan Percuma
- Selamatkan Kampung warisan & Tradisi
- Selamatkan Alam Sekitar
- Pulangkan Royalti Minyak Kelantan
- Selamatkan Felda
Maknanya sekarang ini, berdasarkan
pengumuman demi pengumuman yang dihebahkan oleh kalangan pemimpin
Pakatan Rakyat sekarang ini Himpunan Kebangkitan Rakyat tetap akan diteruskan walauapapun yang terjadi. Akhirnya meningggalkan di benak fikiran kami beberapa persoalan…….
Adakah anda bersetuju Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari 2013 diadakan? Mengapa?
- Adakah dengan berlangsung Himpunan Kebangkitan Rakyat ini bakal menyebabkan pergolakan dan huru-huru di Kuala Lumpur pada 12 Januari 2013 ini? (SEPERTI APA YANG BERLAKU DI SINI)
- Adakah peniaga-peniaga kedai dan restoran, pemandu teksi akan mengalami kerugian berjuta-juta seperti yang diumumkan oleh TV3 dan Utusan Malaysia selepas berakhirnya himpunan Bersih 2.0 pada Julai 2012 yang lalu?
- Dan akhir sekali, apa pula pendirian Majlis Fatwa dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat kali ini selepas mengharamkan Perhimpunan Bersih 3.0 yang berlaku pada 28 April 2012 yang lalu. (KLIK SINI BUTIRANNYA)
- Adakah sambutan Himpuann Kebangkitan Rakyat kali mendapat sambutan? Masakan tidak, berdasarkan anggaran Rais Yatim (LAPORAN DI SINI), hanya 22,700 sahaja yang hadir dalam Perhimpunan Bersih 2.0. Itupun penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat masih lagi mahu mensasarkan 1 juta peserta? Bolehkah?
- Ada lagi nak tambah senaraiannya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan