Isnin, 21 Januari 2013

DAP Pendekkan Tempoh Hukuman Adun Pulau Tikus



PETALING JAYA: Kepimpinan tertinggi DAP mengambil keputusan untuk memendekkan tempoh penggantungan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Tikus, Koay Teng Hai daripada menjadi anggota parti itu.

Koay yang sebelum ini digantung selama enam bulan kerana gagal menghadiri mesyuarat penting pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun lepas kini digantung selama sebulan bermula Ahad.

"Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) bersetuju dengan keputusan jawatankuasa disiplin bahawa Koay bersalah kerana gagal mematuhi arahan supaya menghadiri mesyuarat DUN pada 1 November 2012 yang bertujuan meluluskan pindaan perlembagaan bagi mengharamkan gejala lompat parti," kata Setiausaha Organisasi Kebangsaan, Anthony Loke Siew Fook.

"Walau bagaimanapun, CEC memutuskan untuk mengurangkan tempoh penggantungan yang dikenakan Koay. Menerusi surat rayuannya, Koay memohon maaf dan mengakui kesilapan tersebut," tambah Loke dalam satu kenyataan.

Tiada ulasan: