Dunia bola sepak negara ini bukan saja kontroversi dengan pertukaran pemain dari satu pasukan ke satu pasaukan menerusan perdagangan pemain, tetapi ia juga menjadi kontroversi dengan elemen-elemen lain yang setengah tidak ada kena mengena langsung dengan dunia bola sepak.
Komando yang dikatakan ternampak di stadium. |
Nama Mat Yo itu sendiri sudah sebati dengan budaya orang Kelantan dalam memanggil nama seseorang yang disukainya dengan sebutan pendek dan ringas. "Mat Yo", adalah nama manja dan kesayangan. Jadi bila Mat Yo ini dibeli oleh Johor dan Mat Yo pula setuju timbullah kemarahan. Penyokong Kelantan tidak bersikap profesional dalam hal ini dan mereka tidak tahu bahawa bola sepak di Malaysia hari ini bukan lagi bersifat kenegerian.
Perkara ini tidak membimbangkan kerana ia fenomena biasa. Ia seperti hujan musim banjir. Lepas banjir fobia kepada hujan akan berhenti. Demikian dengan Mat Yo (nama sebenarnya NorAzlan Talha... betul ke?) apabila Kelantan menggantinya dengan pemain lain sebagai pengganti, lama kelamaan isu Mat Yo dan rasa marah kepadanya pun akan sirna. Selebat mana hujan semua air akan mudik ke lautan.
Dalam konteks bola sepak di negara ini, kontroversi juga berlaku dalam pengurusan atau teknikal pentadbiran dalam organisasi bola itu sendiri. Contohnya apabila Presiden KAFA, Annuar Musa dikenakan hukuman gantung oleh FAM disebabkan kesalahan (yang sebenarnya boleh dialpakan), iaitu kerana memberi pandangan untuk kebaikan bola sepak Malaysia, tetapi ia dikenakan tindakan kerana bercakap melampau persatuan.
Siap dengan senjanta. Nak tembak siapa? |
Demikain dengan FAM. Bila Annuar memberi pandangan untuk kemajuan bola sepak, beliau dikenakan tindakan. Annuar dirujuk kepada perlembagaan FAM kononnya ianya manifestasi tindakan diizinkan FIFA. FIFA membenarkan tindakan diambil ke atas Annuar. Apa salahnya kalau pandangan Annuar itu diterima dengan penuh keinsafan. Tidak semua ketegasan FIFA itu perlu dituruti asalkan ia bukan percanggahan memudaratkan kemajuan bolasepak negara.
Keadaan bertambah buruk lagi, apabila kebetulan Presiden FAM ialah seorang raja yang juga memiliki imuniti-imuniti tertentu. Tetapi kalau kita faham dan mengerti imuniti raja tidak terbawa dalam apa-apa persatuan baik bola sepak, hoki atau apa-apa. Presiden atau ahli jawatankuasa yang mempunyai imuniti istimewa itu, mereka hendaklah mencampaknya di luar apabila mereka menjejak kaki ke dalam persatuan sukan atau apa-apa persatuan pun. Sukan bukan dunia feaudal.
Jangan sesekali cuba meletakkan harga diri lebih mahal dari perlembagaan.
Annuar Musa terlupa itu, atau dia sengaja dilupakan bahawa bosnya ada imuniti itu. Sebab Annuar Musa ini pun jenis anak jantan yang berani, walaupun tanpa keris. Dia mengkritik bukan saja raja FAM tetapi sultan Kelantan juga. Belum ada seorang bertaraf atau berkedudukan dalam politik di negara ini berani menabalkan anak Raja lain untuk menjadi raja. Tetapi ia berlaku dan dilakukan oleh Annuar Musa.
Tinggal isu Mat Yo dan Annuar Musa, saya nak komen mengenai isu tebaru yang berlaku di Kelantan dua tiga hari lepas, iaini mengenai kewujudan dua tiga orang komando (anggota Gerak Khas) di dalam stadium Sultan Mohamad ke-IV sewaktu pasukan 'gedebe merah' (Kelantan) berjumnpa dengan 'samseng kuning' (Johor). Semua orang bengong melihat kehadiran komando itu di mana sebelum ini tidak pernah ditengok orang ada komando dalam stadium semasa perlawanan bola hatta melibatkan pasukan ATM sekalipun.
Walaupun perlawanan melibatkan pasukan dari ATM, namun tidak ada komando atau askar yang tegok bawa senjata. Akhir-akhir ini ATM nampaknya memberi tumpuan sepenuhnya kepada bola sepak. Khabarnya Panglima ATM pada masa kini begitu berminat dengan bola. Minat tidak minat katanya sampai dalam mesyuarat melibatkan Panglima-Panglima tentera juga hal bola turut sama dibincangkan.
Kalaulah benar maklumat ini ia sesuatu yang tidak sihat berlaku dalam ATM. Apa guna ATM memberi tumpuan kepada bola sepak. ATM adalah bertanggungjawab menjaga keselamatan luar negara bukannya sukan. Apakah kerana soal keselamatan sudah terjamin maka askar boleh turun padang. Askar kena siapsiaga sepenuhnya sama ada waktu musuh ada atau pun tidak. Menteri yang jaga askar perlulah memerhati dan jangan pula beliau jadi tukang sokong.
Peruntukan diberikan kepada pasukan bola bukan sedikit. Ia melibatkan jutaan ringgit. Tidak kiralah sama ada wang itu hasil tajaan atau tidak dari peruntukan kementerian. Alangkah baiknya kalau wang yang banyak itu digunakan untuk kebajikan anggota yang memerlukan. Lagi pun yang menyertai pasukan ATM itu bukannya 100% anggota tentara?
Saya hairan mengenai perkara ini. Apakah pasukan tentera negara lain juga memiliki team bola sepak yang hebat. Ataupun ada rancangan untuk mengadakan liga merebut piala panglima tentera di peringkat dunia. Atau Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersatu sudah membuat satu polisi baru kekuatan sesebuah negara itu mestilah berdasarkan kepada kekuatan pasukan bola sepak? Hamlau...
Kembali semula kepada isu komando di stadium Sultan Mohamad ke IV. Kata anak raja Johor, kehadiran itu bukan atas arahannya. Ia menafikan anggota itu adalah dari pasukan TSN. Ia adalah atas arahan ketua gerak khas. Kononya bila beliau nak turun ke Kelantan, ketua gerak khas meghantarkan anggota mereka ke stadium. Soalnya untuk apa, tentulah untuk jaga keselamatan anak raja Johor itu. Tidak mungkin untuk jadi refree atau pun penjaga garisan sebab FAM dah hantar pengadilnya sendiri.
Bila untuk jaga keselamatan, ia menimbulkan persoalan apakah keselamatan untuk anak raja Johor itu tidak terjamin di Kelantan? Bukankah setiap kali diadakan perlawanan bola sepak, polis mengerakkan pasukannya untuk mengawal keadaan stadium? Seburuk-buruk bola sepak di Kelantan belum ada penononton dan pemain mati kerana dibunuh atau dibom. Orang Kelantan masih waras dan belum gila semuanya.
Isu kewujudan komnado itu baik atas arahan sesiapa tidak boleh dipandang ringan. Baik KAFA dan FAM kena mengambil berat perkara itu. Perkara paling utamanya apakah wajar kehadiran komnado yang lengkap berbedil bedal begitu? Jika ianya bertentangan dengan semangat sukan bola sepak, pihak yang membawanya hendak diambil tindakan.
Katanya Setiausaha Agung FAM (tak tahu nama) kewujudan komnado itu ada prosuder biasa. Biasa apa... biasa kerana kehadiran anak raja Johor. Kebiasaan disebabkan kehadiran komando itu sebagai pakaian anak raja Johor itu, ia tidak boleh dibenarkan didalam bola sepak. FAM kena keluarkan syarat-syarat khas kepada Pengurus Pasukan Johor Takzim itu. Beritahu kepadanya di dalam peraturan FAM, askar atau komando atau askar persendirian tidak boleh dibawa masuk. Mungkin beliau tidak mengerti peraturan atau standard ini. Maklumlah sajalah anak raja banyak perkara yang mudah tetapi tidak dihafalnya.
Mungkin anak raja Johor tidak mengetahui hal ini. Makanya FAM kena berani melaksanakan peraturan. Jangan lihat apakah dia seorang anak raja atau siapa, di dalam hal ini peraturan atau undang-undang standard yang diturunkan oleh FIFA hendaklah dipatuhi. Saya sangat berharap insiden berkenaan dibawa kepengetahuan FIFA kerana FAM bernaungan dibawah FIFA. Sekiranya FAM malu untuk sampaikan kepada FIFA, FAM sebagai badan bernaungan boleh melakukannya.
Kalau tindakan ke atas Annuar Musa kerana mengambil semangat FIFA, kenapa soal komando itu tidak boleh dirujuk kepada FIFA? Tampar baru tahu? Mat.. Mat mana lagi..Mat Maslanlah..... bila nak pelawa minum tea?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan