Shahbudin Husin
Himpunan
Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka yang berjaya menghimpukan
ratusan ribu rakyat pelbagai kaum Sabtu lalu, pada mulanya hanya
menyerlahkan rasa gundah-gulana para pemimpin UMNO terhadap masa parti
itu sehingga mereka tidak habis-habis mencipta teori dan logik untuk
menafikan perhimpunan itu sebenarnya memang mendapat sambutan yang jitu
daripada rakyat.
Ada antara
mereka yang tampil menafikan jumlah ratusan ribu yang hadir, ada yang
mengatakan hanya Melayu dan Cina yang hadir manakala orang India tidak
memberi sambutan, ada yang cuba mengorek kesalahan dengan mengaitkan
kehadiran kanak-kanak, perhimpunan didakwa melanggar undang-undang
kerana melebihi 30 ribu dan pelbagai rekayasa lagi dicipta untuk
memujuk hati sendiri.
Dalam ada
itu, ramai pula yang terdiam tidak mampu berkata apa-apa kerana
mengakui kebangkitan yang ditunjukkan rakyat kali ini adalah sesuatu
yang tidak mampu ditahan oleh sesiapa pun.
Najib
Razak yang selalunya akan mengecam perhimpunan seperti itu, kali ini
turut mengubah nada.
Beliau cuba menumpang kredit dengan mengucapkan
terima kasih dan penghargaan kepada Pakatan Rakyat kerana berjaya
mengendalikan perhimpunan itu dengan aman.
Sambil
memuji tindakan profesional pihak berkuasa dalam menjalankan tugas,
Najib berkata kesediaan Pakatan Rakyat menghormati semangat Akta
Perhimpunan Aman, jelas menunjukkan kejayaan politik BN dan reformasi
yang diusahakan kerajaan.
Menurut
Perdana Menteri lagi, walaupun tidak bersetuju dengan pembangkang
tetapi tindakan mereka yang berjaya mengendalikan perhimpunan dengan
aman wajar diberikan ucapan terima kasih.
Dalam hal
ini, Najib nampaknya sedar dengan kemahuan rakyat. Hak berhimpun dan
menyatakan pendirian adalah hak asasi manusia yang dibenarkan oleh
undang-undang. Dunia juga mengiktiraf hak tersebut.
Najib cuba mengambil sikap yang lebih lunak dalam hal ini. Beliau tidak mahu berkeras lagi kerana lagi keras sikap yang ditunjukkannya, lagi keras penolakan rakyat. Beberapa sikap kerasnya sebelum ini membuktikan hakikat tersebut. Sebab itu, Najib menukar nada dengan cuba menumpang kredit di sebalik himpunan kebangkitan rakyat kali ini.
Najib cuba mengambil sikap yang lebih lunak dalam hal ini. Beliau tidak mahu berkeras lagi kerana lagi keras sikap yang ditunjukkannya, lagi keras penolakan rakyat. Beberapa sikap kerasnya sebelum ini membuktikan hakikat tersebut. Sebab itu, Najib menukar nada dengan cuba menumpang kredit di sebalik himpunan kebangkitan rakyat kali ini.
Dengan
membenarkan perhimpunan itu diadakan di Stadium Merdeka, tidak lagi
mengerah pihak polis bersikap keras sebagaimana Himpunan Bersih 2.0 dan
3.0 sebelum ini dan kemudian memberikan penghargaan kepada Pakatan
Rakyat, Najib sebenarnya cuba menunjukkan beliau seorang pemimpin yang
baik, sedia bertolak ansur dan “gentleman”.
Walaupun
beliau menyedari penyokong setia PAS, PKR dan DAP tidak mungkin
menyokong dan memberi undi kepada BN, tetapi sasarannya ialah pengundi
atas pagar. Beliau mahu pengundi atas pagar menilai kebaikannya dan
melupakan kesilapannya selama ini.
Dengan
tarikh pilihanraya kian hampir, Najib kini mahu dilihat sebagai seorang
yang serba baru. Tidak saja menunjuk baik, budiman dan sedia bertolak
ansur, Najib juga meminjam perkataan reformasi untuk menunjukkan
sikapnya itu sedangkan perkataan yang selalu disebutnya ialah
transformasi, bukannya reformasi. Reformasi adalah perkataan popular
Anwar Ibrahim sejak 1998 lagi.
Walaupun
ada yang berkata Najib seperti “buang tabiat” bila menyebut perkataan
reformasi dan menyimpan perkaraan transformasi yang sering menjadi
basahan mulutnya selama ini, hakikatnya Najib sedang cuba memenangi
hati rakyat yang lebih memihak kepada pembangkang ketika ini.
Beliau
sedang cuba melakukan “reverse psikologi” untuk mendapatkan undi. Ini
merupakan usaha terbarunya untuk menghadapi PRU 13 setelah melakukan
pelbagai cara seperti memujuk, merayu, menabur janji, memberi wang,
memberi beras dan sebagainya.
Walaupun
Najib mungkin turut takut, bimbang dangundah-gulana akan kehilangan
kuasa, tetapi beliau cuba menyembunyikan perasaan itu.
Sikap itu berbeza dengan Mahathir yang nampaknya tidak mampu menyembunyikan lagi perasaan dalam hatinya. Bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu secara terang-terangan menyifatkan #HKR112 adalah bertujuan menggulingkan kerajaan.
Sikap itu berbeza dengan Mahathir yang nampaknya tidak mampu menyembunyikan lagi perasaan dalam hatinya. Bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu secara terang-terangan menyifatkan #HKR112 adalah bertujuan menggulingkan kerajaan.
Menurut
Mahathir, PAS,PKR dan DAP merancangkan himpunan tersebut adalah
bertujuan mencetuskan kebencian rakyat terhadap kerajaan dan berharap
kerajaan dapat digulingkan dengannya sebagaimana yang berlaku di
beberapa negara Arab sebelum ini.
Selain
berterus-terang dan gagal menyembunyikan resah dijiwa, Mahathir juga
menunjukkan beliau lebih takut daripada Najib jika UMNO dan BN tumbang
dalam pilihanraya akan datang dan seterusnya tidak lagi menjadi
kerajaan.
Walaupun
Najib dan semua pemimpin UMNO turut bimbang akan kehilangan kuasa,
tetapi nampaknya ketakutan Mahathir amat besar. Apakah yang paling
ditakutinya dan apakah kepentingannya yang bakal hilang jika UMNO
tumbang? Apakah Mahathir takut Anwar berdendam terhadapnya?
Diakui
jika BN kalah, Najiblah yang mengalami kehilangan paling besar iaitu
jawatan Perdana Menteri yang disandangnya serta pelbagai nikmat yang
melimpah ruah untuknya sekeluarga tetapi dalam hal ini Mahathir
kelihatan lebih takut daripada Najib. Najib masih boleh menyembunyikan
kerisauan dan gundah-gulananya tetapi Mahathir seperti tidak tertahan
kebimbangannya dan seolah-olah mahukan semua jentera BN segera bangun
dan mengumpul segala kekuatan yang ada untuk mempertahankan kerajaan
yang ada.
Semua
orang mungkin boleh menelah apakah kebimbangan Mahathir jika BN tumbang
dalam pilihanraya nanti. Mungkin legasi selama 22 tahun yang
dibimbanginya, mungkin masa depan anaknya dalam politik yang
difikirkannya, mungkin kontrak berbillion ringgit yang melibatkan
anak-anaknya bakal berakhir yang merisaukannya, mungkin kecurangannya
selama berkuasa bakal terbongkar yang menghantuinya dan pelbagai
kemungkinan lain lagi yang menghimpit jiwa raganya.
Wikipedia
sebelum ini menyenaraikan Mahathir sebagai bekas pemimpin kedua terkaya
di dunia selepas Hosni Mubarak dengan kekayaan dianggarkan berjumlah
US$44 billion (senarai itu kemudian dipadamkan. Apakah Mahathir juga
bimbang kekayaannya dibongkar dan diketahui umum sebagaimana
bekas-bekas pemimpin sebelum ini?
Namun oleh
kerana Mahathir secara terbuka menunjukkan beliau lebih risau, takut
dan gundah-gulana akan kemungkinan tumbangnya UMNO dan hilangnya kuasa
BN dalam pilihanraya akan datang berbanding Najib, sudah tentunya
kepentingan yang mahu dilindunginya juga amat besar, tentunya lebih
besar daripada semua kepentingan Najib sekeluarga.
Hanya dengan tumbangnya BN, semua itu bakal terungkai nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan