TEMERLOH: PAS
mengecam tindakan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) yang
mengarahkan dibakar kitab penganut agama Kristian, Bible, kerana
tindakan tersebut bercanggah dengan Islam dan menggesa kerajaan
bertindak. Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
berkata, provokasi tersebut jika tidak diambil tindakan dikhuatiri akan
menimbulkan perbalahan dan suasana yang tidak harmoni dalam negara
ini.
“Dalam
sebuah hadis jelas Nabi Muhammad mengatakan dihina tuhan-tuhan orang
kafir, kelak mereka akan menghina tuhan kamu iaitu Allah.
“Sebab itu
pihak berkuasa tidak seharusnya berdiam diri tetapi mesti bertindak
sebelum api keagamaan atau perkauman itu marak,” katanya selepas
mesyuarat Badan Perhubungan PAS Pahang di sini hari ini.
Pesuruhjaya
PAS Pahang itu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menyeru umat Islam bersatu dan
membakar kitab Injil yang menggunakan nama Allah dalam perhimpunan
pertubuhan tersebut di Pulau Pinang baru-baru ini.
Ekoran kenyataan Ibrahim, terdapat beberapa desakan supaya beliau diambil tindakan termasuk daripada parti Gerakan dan MIC.
Tuan
Ibrahim berkata, isu yang dimainkan oleh Perkasa bertujuan untuk
menimbulkan curiga antara agama yang boleh mencetuskan pertelagahan
antara kaum.
“PAS
dukacita kerana Perkasa tidak mengkritik Kementerian Dalam Negeri (KDN)
yang membenarkan Bible diterjemah ke dalam bahasa Melayu, sedangkan ia
bercanggah dengan Majlis Fatwa Kebangsaan,” katanya.
Sementara
itu sempena sambutan ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW hari ini,
Tuan Ibrahim menyeru umat Islam kembali kepada sunnah rasul, iaitu
manusia yang telah menghapuskan kekufuran, syirik dan mengembalikan
sistem yang yang menepati fitrah manusia.
“Mari
jadikan kedatangan Maulid Rasul hari ini sebagai roh perjuangan Islam
untuk menang pada pilihan raya akan datang,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan