Khamis, 31 Januari 2013

ADUN Umno hina bekas Puteri Umno miskin

KL TODAY

 

Ibu Tunggal Siti Azma Mohd Zin, 34, yang juga bekas ahli Puteri Umno dicaci dan difitnah oleh ADUN Umno Paka selepas kisah kemiskinan hidupnya yang ‘tinggal dalam rumah kotak’ disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan.

 “Sepatutnya dia (ADUN Paka) mari jumpa saya……(tapi) dia kata (tentang saya) di (program) sekolah tu, macam-macam (dia kata) orang sampaikan (kepada saya)…..emak (saya) beli ikan dipasar, balik menangis kata (tentag apa yang orang cakap) tentang saya,”

“sepatutnya bila (dia) tahu, dia baca suratkhabar, dia mari tanya sendiri….betulkan benda (perkara itu)…… ni dia dengar hak orang kata……bukan saya masuk (berita dalam suratkhabar minta tok laki (suami),”ujar Azma dengan nada sayu.

Katanya, beliau bekerja di kedai makan untuk menyara kehidupannya tiga beranak, sehingga lewat malam dan kadangkala sehingga dinihari jam 2 pagi, bukannya melakukakn perkara yang tidak baik.

Menurutnya, sebab itu beliau membuat rumah berdindingkan papan lapis dan beratap zink umpama ‘rumah kotak’, agar tidak menyusahkan keluarga kehidupan ibunya, sekiranya beliau tinggal dengan keluarga.

Siti Azma berkata demikian ketika dikunjungi oleh timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat, di ‘rumah kotaknya’ di Kampung telaga MAS Paka, dekat sini pada Selasa, 29 Januari.
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita13/rumah%20kotak%20azma.jpgKatanya, ibunya yang tinggal bersebelahan rumahnya di kampung tersebut telah berpisah dengan bapanya, yang masih menetap di  Tanah Rancangan Felda Kerteh.

Ekoran fitnah dan cacian ADUN Paka itu, Azma mendakwa anak perempuannya yang berumur 18 tahun turut tertekan dan ‘trauma’ sehingga duduk didalam bilik dan tidak keluar ke mana-mana.

[Gambar kiri - 'Rumah Kotak' Siti Azma di Kampung Telaga Mas, Paka] 

“tak sedih bak po (kenapa) emak balik menangis-nangis depan kita, kita pun sebak lah, anak (perempuan) saya pun jadi tekanan (tertekan)….tekanan (kepadanya sehingga) tidak pergi ke mana-mana,

“sebelum ini dia tak pergi mana pun, (cuma) pergi bekeja di kedai (makan), tolong basuh pinggan….tolong angkat air (minuman) bolehlah (upah) RM10,”jelasnya.

Menurutnya, antara fitnah yang kini sedang menjadi buah mulut orang ramai adalah tuduhan beliau terlibat dengan perbuatan maksiat, dan sering bertukar-tukar pasangan.

Beliau merasa cukup kesal dan terlalu sedih kerana, katanya, seorang wakil rakyat tidak sepatutnya menyebarkan fitnah seumpama itu dikalangan masyarakat umum.

“dah tak sedih macamana saya, patut dia bertanya khabar…… saya 9anak beranak) makan atau tidak…… (tapi) dia tak tanya……….,”kata Azma yang tak dapat menahan sebaknya.  [Lihat dan Dengar Kisah Sedih Siti Azma Mohd Zin Dalam Rakaman Video Ini]

Fitnah ADUN Paka, katanya, bukan setakat kepada dirinya sekeluarga, tapi turut menimpa wartawan akhbar terbabit yang menulis berita kerana mendedahkan kisah sebenarnya kesudahan yang beliau alami.

Beliau sangat terkilan kerana sebelumnya beliau adalah seorang ahli Puteri umno yang aktif dan sering menghadirkan diri dalam program-program yang dianjurkan oleh parti itu.

Beliau mendakwa, mula menjadi ahli Puteri Umno cawangan Kampung Tengah Rasau Kerteh sejak umurnya 21 tahun tahun.

Namun begitu, permohonannya untuk medapatkan rumah bantuan PPRT dan tanah untuk tapak rumah dipandang sepi dan tidak diluluskan sehingga kini.

“saya dulu memang kalau mesyuarat……..orang panggil saya mesyuarat atau apa-apa (program) saya balik sokmo……kalau buat rombongan ke KL (kuala Lumpur) saya masuk (ikuti),

“(saya aktif Puteri umno) sejak saya boleh mengundi dulu, (saya ahli Puteri Cawangan Kampung Tengah, Rasau Kerteh,”katanya.

Turut hadir dalam kunjungan ziarah Ustaz Satiful adalah, Bendahari PAS Kawasan Dungun Nurul Azhar Ali dan ahli-ahli Lujnah Kebajikan PAS DUN Paka.

Tiada ulasan: