Pengarahnya, Ezra Zaid mendakwa buku itu telah disalah erti banyak pihak sedangkan mereka belum membacanya.
"Pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan mufti pun belum baca buku ini. Saya tahu hal ini kerana ia baru dilancarkan.
"Sebagai seorang Muslim ada bahagian dalam buku itu yang saya tidak setuju. Namun, saya percaya penulis tiada niat menghina Islam," katanya.
Ezra berkata, sebelum menerbitkan sesebuah karya, beliau terlebih dahulu membaca isi kandungan dan latar belakang penulis tanpa prejudis.
Tambah beliau, karya Irshad pernah diterjemahkan dalam 15 bahasa dan itu bermaksud ia diterima umum di peringkat antarabangsa.
Ketika ditanya mengenai hasrat menjemput Irshad sekali lagi ke Malaysia, Ezra berkata, pihaknya tidak merancang untuk berbuat demikian.
Beliau memberitahu, setakat ini sebanyak 1,000 naskhah buku berkenaan telah dicetak.
Susulan kontroversi yang melanda, pengedaran buku itu agak perlahan dan ada kedai yang takut meneruskan penjualannya.
Sementara itu, bapanya Datuk Zaid Ibrahim berkata, buku Irshad tidak mendatangkan bahaya kepada umat Islam.
"Kenapa perlu diharamkan? Ia tidak berbahaya pun. Saya percaya KDN tidak akan berbuat demikian.
"Saya harap KDN juga berfikiran begitu," katanya, yang juga Presiden Kita, ketika ditemui selepas pelancaran bukunya yang bertajuk Ampun Tuanku.
Buku Ampuan Tuanku itu dijangka akan berada di pasaran pada Julai atau Ogos ini.
Bagaimanapun, sebanyak 1,000 naskkah edisi terhad telah diedar semasa pelancaran.
Buku hasil karya beliau itu dijangka bakal mencetuskan kontroversi susulan pandangan-pandangan beraninya dalam pentadbiran negara hari ini.
Ketika ditanya, Zaid memberitahu, usahanya menerbitkan buku itu bukan mahu mencetuskan kontroversi.
"Orang selalu kaitkan dengan kontroversi. Saya bukan mahukan publisiti tetapi mahu bawa perubahan dalam budaya politik tanah air," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan