Ketika
Datuk Seri Anwar Ibrahim mencetuskan berita dengan didakwa di mahkamah,
bekas peguam cara negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden juga
mendapat perhatian apabila mewakili orang yang didakwanya dalam
perbicaraan 'liwat II'.
Yusof
ketika ditemui selepas prosiding mahkamah hari ini berkata tiada
masalah peribadi antaranya dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani
Patail dan beliau profesional sejak memilih bersara.
Beliau mengulas tanda tanya sama ada tindakannya melibatkan perkara peribadi dengan Abdul Gani.
"Saya profesional, mereka telefon saya malam tadi dan saya lapang," katanya.
"Saya
tidak ada sebarang penglibatan politik," kata Yusof, orang ketiga alam
Pejabat Peguam Negara sebelum bersara pada 1 Februari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan