Rabu, 23 Mei 2012

[Video] Mengapa Polis Tak Tangkap Peserta Baling Batu & Telur Di Merlimau?


 


KELAB GREENBOC


Iinsiden baling batu dan telur di program Hi-tea bersama Pengerusi J/K BERSIH, S.Ambiga sehingga mengakibatkan dua kereta ADUN DAP menjadi mangsa adalah satu endorsement jelas betapa desperadonya UMNO & Perkasa mutakhir ini.

Gejala samseng Pemuda UMNO dan Perkasa ini tidak terhad di Merlimau, tetapi berlaku di mana-mana saja di dalam negara ini di acara-acara anjuran Pakatan Rakyat dan rakyat amat kesal dengan sikap pihak berkuasa terutama polis yang membiarkan hal tersebut berlaku tanpa sebarang tindakan dan penahanan.

Sekalipun Pemuda UMNO Jasin sebelum ini menafikan mereka terlibat, begitu juga dengan Perkasa yang menurut Presidennya, Ibrahim Ali, yang menyatakan insiden batu dan telur itu dilakukan oleh orang yang menyamar menyarung pakaian Perkasa, namun dari rakaman kejadian, kenyataan-kenyataan itu boleh disifatkan "baling batu sembunyi tangan".

Mana mungkin hendak dikatakan mereka (Pemuda UMNO & Perkasa) idak terlibat apabila jelas kelihatan mereka yang seramai itu mengganggu di program PR sekalipun "berlakun" menjadi "penyelia trafik" yang tidak diundang? Kalau dikatakan mereka menyamar pakai baju PERKASA, ia bukan seorang dua tetapi ramai, menunjukkan itu bukan penyamaran tetapi memang dirancang.

Jika benar mereka mahu sabotaj Perkasa seperti dakwaan Ibrahim Ali, maka Perkasa perlu mengenalpasti mereka yang terbabit dan membawa mereka ke muka pengadilan.

Rakyat kini tertanya-tanya mengapa pihak polis kelihatan begitu bersahaja terhadap perbuatan dan tindakan samseng yang ada di dalam insiden tersebut.

Saksikan video di bawah ini yang menjelaskan segala-galanya.

Tiada ulasan: